Monday, January 6, 2014

one more day to go....

pray for me ya...
macam macam emosi sepanjang exam ni...
esok last, clinical part..
Rabu result da keluar..
aku da ready untuk apa apa pun keputusan..
semuanya adalah yang terbaik dariNya...

senjata terakhir...

Saturday, December 28, 2013

29 DEC 2O13.. THE SECOND ATTEMP....

YUP.. TOMORROW..
pray for me ya...


cantik tak no angka giliran? hehe
ni no angka giliran  exam hari tu.. cantik juga.. hehe..
P/S- it will be the longest exam ever.. bacause it take 2 years time! hehe

Sunday, December 1, 2013

DISEMBER SUDAH DATANG...

Salam AHAD semua..
bagi yang berada di Kelantan hari ni start kerja da. yang duk kat luar, mungkin  masih seronok berhujung minggu di atas katil.

NOVEMBER berlalu dengan sangat cepat rasanya.  ALHAMDULILLAH  perancanganNya sangat cantik, tiada apa yang menarik pun sebenarnya. Cuma aku da jadi member Tupperware. Mulanya saja je nak jadi ahli. tetapi ramai pula kawan nak beli. jadi seronok pula. tambah seronok bila baru join da dapat bonus da. siap dapat recruit ahli baru pula.Rasanya tak sampai 2 minggu aku join. Siapa siapa yang nak jadi ahli tupperware boleh contact saya ye.Nak beli tupperware pun boleh contact saya. Semestinya saya bagi harga yang jauh lebih murah dari katalog.

kira ok la kan untuk yang baru berjinak jinak ni. RM23.18 commision for this month!
Untuk DISEMBER stop dulu pasal Tupperware ni sebab BIGGG  thing will occur.Yes, my final exam. 29 Disember ni mula. schedule da lama da keluar. semua doakan saya lulus ya.


Sunday, November 24, 2013

separuh dekat sudah kami berkelana....

yup.. sudah 5 tahun kami berkelana hidup bersama memadu asmara.. ceeewahhh.. asmara la sangat... masih mentah lagi. ada orang cakap, fasa pertama perkahwinan ni adalah 10 tahun pertama. lepas tu barulah kita matang sikit. lagi 5 tahun lagi..

bila tiba bulan November, setiap tahun mesti aku teringat tentang perhubungan kami. terutamanya bila musim hujan. sekarang ni da mula da musim hujan.. aku berjumpa en suami bulan  ni, waktu musim hujan pulak tu. waktu naik gunung. 3 hari 2 malam, hujan je tak berhenti. tapi time naik gunung ni takdelah aku rapat sangat dengan en suami. sepanjang jalan en.suami duduk belakang, dia duk tolong satu perempuan ni je. tolong bawak beg sebab perempuan ni tak berapa sihat time ni. tak tolong pun aku!!  hishh.. heheh.

kami kenal tak lama, terus kahwin.. banyak kenal baik buruk perangai pun lepas kahwin. tak tipu, banyak juga sikap dia yang aku tak suka. tapi kita semua ni tiada yang sempurna. aku pun banyak kekurangannya.
aku mengharapkan agar kami tetap bersama sehigga ke syurga..



p/s--- we are ready for the third!! hopefully it will be soon.. by September will get the third.. on my birthday maybe... hehe

Saturday, November 9, 2013

dulu lain sekarang lain...

aku tak balik rumah hujung minggu kali ni.. study group aku banyak  pulak. sayang nak tinggal.. bila lama tak balik memang rindu tak terkata la kat anak anak . kat ayah dia pun sama. aku pun hari ni telefon la en  suami suruh datang ambil aku. aku nak balik...

isteri : abg amik syg malam ni boleh? amik lewat sikit. syg ada study group dulu. syg rindu sgt da dekat anak anak ni. boleh ke abg datang amik?

suami : jangan tanya soalan ni boleh? syg tau da kan jawapan dia. abg malas nak gi amik. da la jauh. hari khamis hari tu abg ajak baik gelenya* tak nak balik.. sabar la, esok kan da boleh balik da. isnin selasa kan cuti dua hari..

isteri : abg ni.. suruh amik je pun. susah sangat. kalau dulu tu tak suruh datang pun, tiba tiba da sampai USM.. sekarang liatnya

suami : dulu lain, sekarang lain.. abg sibuk lagi hari ni..

isteri : terus letak telefon... geram..

kalau dulu tu, waktu awal kahwin, aku ingat lagi, aku kol dia cakap jatuh motor, kejap je lepas tu dia da sampai USM ni. da la jauh dari tumpat tu.. takde injured ape ape pun.. sekarang ni kalau sakit teruk pun aku rasa mesti dia suruh gi emergency HUSM je.. dekat kan..

kalau suh hantar gambar anak anak, hari ni suruh esoknya baru dapat.. kalau gambar dia, lagi susah.. bagi pun gambar yang tak jadi...

meh tengok yang suami hantar hari ni.. aku rasa gambar ni suami main snap je.. setelah di paksa oleh aku.. heheh

gambar ini blurrr

ecah dok makan, dia snap.. hehe

ni.. mata pun tak pandang kamera... nampak sangat main snap je...
p/s--- sebenarnya suami memang banyak kerja pun.. jaga ikan dia lagi, kerja kat ofis yang melambak.. urus anak anak lagi, mandikan, buat susu, basuh berak, tidokan, bangun tengah malam buat susu.. TQVM en suami.. i love u so much....

p/s--- gelenya=gatai