Tuesday, October 30, 2012

bila Aisyah mula nak bercakap...

tiap hari bila aku balik petang, keletihan mesti terubat tengok karenah si Aisyah ni.. dia da mula nak bercakap.. cakap plak dialek kelate... kadang2 gelak sakan aku..

bila dia makan nasi, bukan main cakap kat aku " makan acik.."

 kalau nak minum air, tunjuk gelas, cakap, "minum,minum".

kalau bg menda yg dia tak nak, dia akan cakap,
che, che... maksud dia, "tok se"

kalo barang yg dia nak, dia cakap, "amik, amik.."

kalau dia tengah berlari jatuh, "akitnye... "

kalau dia berak, slalunya dia akan datang dekat aku, tunjuk pampers dia, pastu cakap "berak"

"nak aik, nak aik" pun slalu dia cakap. bile dia suh kita angkat dia naik or panjat sesuatu sesuatu..

dia slalu main dengan adik dia, dok panggil2 "afia, afia, adik"

yang aku klakar semalam, kucing dok main kat kaki dia, dia serabut spontan kuar kat mulut dia
" kekoh kaki aku" hahaha... loghat kelate plak tu... mana dia blaja la...

p/s-- seronok tengok anak membesar depan mata...

posting accident and emergency...

baru je habis  marathon 3 lecture tadi... dari pukul 8 ward round, terus sambung lecture sampai pukul 12.. aku semestinya antara yang terawal tersungkur di medan perang.. haha..  awal2 lagi da tersengguk- sengguk...xterkira berapa kali da kawan sebelah kejut... letih+ngantuk giler.. malam tadi habis on call pukul 2pg.. pagi tadi puku 6 da bangun.. kena tolak awal. kalau tak, jem menanti, terutama kat Jambatan. bila la nak siap jambatan baru tu.. da lebih lima tahun kot... penderaan mental untuk rakyat Kelantan kot.. tapi last2 hampir semua aku tengok ngantuk, ramai tido.. rugi tak amik gambar tadi...

minggu ni da Last week posting A&E.. 3 minggu jer.. kejap sangat.. after almost 3 weeks, aku rasa aku da jatuh cinta kat A&E specialty.. thought to continue my master study in this specialty, in HUSM.
kenapa HUSM?? aku suka la suma lecturers kat A&E HUSM ni.. baik2 suma.. kenapa A&E?? i found that this is the specialty that suitable to me who really like outdoor. before this aku betul2 berminat dengan O&G sebab aku suka tengok ragam kat labour room, sonok tiap kali dengar baby yg kuar nangis first time.. tapi ni da tukar da.. tak tau la kalau ada posting lain pasni, aku minat yg lain plak..

start with the lecturer..semua friendly.. only one women lecturer, other are gentleman.. hehe.. maybe this specialty not suitable for women because it need lots of commitment, need to sacrifices lots of time.. sorang specialist pun ada cakap ramai yg pompuan buat master A&E stop tengah jalan, sebab xleh nak bahagi masa.

2nd, also about the lecturer.. all look very young.. tak padan dengan umur.. head department, almost 60 umur dia, nampak macam baru 50 tahun je..stamina, macam org muda.. actively involve in ward raound, teaching, & on call. ce tengok sedara mara o mak ayah korang yg umur 60 wak gapo lo ni.. happily retired at home maybe..  all lecturer la nampak macam baru umur late 30. yg sorang lecturer pompuan tu nampak macam late 20 baru, macam xkawin lagi.. tapi dia sangat active, tengok kasut nike yg dia pakai slalu time kerja tu pun da tau dia mesti suka outdoor.  suma lecturer ni at least, grade UD 54.. people in medical field masti tau based on that grade, how old they are..
dorang suma nampak muda, mungkin sebab diorang punya active lifestyle.. kebanyakan lecturer suka outdoor.. aku punya superviser, is an active diver.. hopefully he will be my diver mate one day.. hahaha.. berangan... sebab memang ada angan2 nak amik lesen diving dengan suami bila ada masa dan kewangan yg stabil nanti..

3rd reason, A&E specialty itself, banyak wat kerja kat outdoor... lecturer banyak citer dorang slalu wat aktiviti kat luar.. bantuan untuk gempa bumi kat seluruh dunia, diorang juga involve time formula one, motor gp..

4rd reason.. ni la salah satu cara aku untuk sentiasa sihat dan masih lagi boleh involve in outdoor walaupun da sibuk dengan kerja nanti...

p/s---weekend ni bos lama suami ajak gi camping semalaman dengan family dia kat tasik mana ntah kat kuala krai.. can't wait for it...

Tuesday, October 23, 2012

gunung EVEREST!!!


inilah orang pertama yg pernah menakluk Everest!!  29 Mei 1953....

berjuta pujian boleh di beri kepada dua hikers di atas.. orang pertama menakluk puncak tertinggi di dunia.. Tenzing Norgay, yang rendah sikit tu, adalah seorang Sherpa...sherpa ni adalah penduduk tempatan kat kawasan Everest tu yg kerjanya pembawa barang pendaki2 yg nak daki Everest ni...
Selama 32 tahun, antara 1920 dan 1952, tujuh ekspedisi besar sudah di lakukan dan gagal mencapai puncak gunung Everest. Tenzing Norgay mengikuti enam dari tujuh ekspedisi itu.. klik SINI kalau nak baca detail pasal ekspidisi ni.. tapi dalam bahasa indon...

tu da lamaa dulu.. tahun 1953, sebelum merdeka lagi.. da hampir 60 tahun berlalu..

masa tu untuk mendaki gunung Everest, adalah sesuatu yg mustahil dan guna banyak kos,ramai yg mati di pertengahan pendakian dan kalau anda berjaya menakluk, ianya adalah saru yang sangat hebat!!!... nama anda akan berada dalam mana2 buku rekod kalau anda antara yg terawal menakluk Everest untuk negara korang.. korang nye ekspedisi public semua tahu, hari2 update kat TV.. balik orang sambut kat airport macam Wira!!...



hebat demo kalo dapat g puncak Everest!!!

TAPI ITU DULU.....
sekarang ni boleh tawan Everest adalah suatu yang biasa..
dengan masalah pemanasan global, menjadikan ia tidaklah terlalu bahaya( tp masih lg bahaya), tidaklah dikatakan ekspedisi maut lagi..
dengan teknologi yang semakin canggih,
kelengkapan hiking untuk tempat sejuk yg terbaeek!!! banyak da dicipta, 
kemudahan pengangkutan..
kos yang tidak terlalu tinggi.. tapi masih lagi tinggi...

2 org Dr HUSM da takluk Everest tau, baru jugak, kos lebih kurang 10 ribu jer.....
tapi tak heboh pun...
sebab, takluk Everest adalah perkara biasa da zaman sekarang..
tak percaya?? tengok gambar ni

tengok ada berapa banyak tent kat basecamp die?? berapa ramai pulak hikers nya??
aku ada terbaca kat dalam reader digest, kat base camp siap ada tent special untuk dinner, lunch.. dalam gambar tu siap ada meja makan dengan kerusi tau dalam tent tu... hebat!!! aku duk google gambar tent tu, xjumpa pulak..


MAIN POINT kat sini aku nak gtau aku pun nak takluk Everest!!
GIVE ME 10 YEARS TIME TU PROVE IT!!! INSYAALLAH...

 tapi sebelum tu, aku nak make sure aku gi umrah dengan haji(kalau ade kekosongan tempat) dulu..
utamakan yg utama....

aku ade borak2 dengan suami..

aku: abg sayang igt nak panjat Everest dalam masa sepuluh tahun ni...
suami: time tu syg larat ke?? takut badan da jadi tongdram...
aku :hahaha.. i'll prove to you... but i think you will be beside me at that time also...

Sunday, October 21, 2012

Tahniah The Red Warrior!!!





TAHNIAH THE RED WARRIORS!!!
TREBLE TAHUN NI!!!
walaupun begitu banyak provokasi berlaku.....

OK kita mulakan dengan gambar tok guru umum cuti kat kelate.. gambar ni Isnin lepas..
satu yg aku puji, tiap kali final match kelate, tok guru mesti bagi cuti awal2, suh rakyat pergi sokong.. tak kira la menang ke kalah...
timbul ke isu majikan komplen kelate banyak sangat cuti mengejut, rugi la mereka??
tak pernah timbul...
kalo xbagi cuti,
kebanyakan rakyat kelate mesti amik MC...letih punya pasal,
pastu membahayakan mereka pulak nak drive tengah2 malam untuk kerja esoknya kan..
satu lagi rakyat kelate ni pasal bola, memang semangat dia lain macam...
ini serius.. hehe


saya umum ahad cuti, sila jaga tingkahlaku anda semua dan menjaga nama baik Kelate di sana nanti...
I love u so much Tok Guru!!
kat kelate lagi da terasa  bahang. sepanjang jalan banner merata-rata... kat stadium kota bharu 3 live screen besar di pasang..
kereta memang da pasang bendera kelate


suami pun pergi, kopvoi reramai dengan org kampung...


ramalan awal-- kelate sebuah pasukan yg hebat.. hehe
stadium yg dipenuhi gelombang merah...


result akhir, kelantan 3 ATM 2


man of the match, dapat ke anak kelate sendiri..mat yo.. terbukti kelate main as a team.. bukan harap ke ghaddar sorang je... walau ghaddar tak main malam tadi, tetap menang...
act aku suka juga subramaniam main, aku da lama suka dia... very2 good defender, tapi dia main kejap jer semalam, injured...
man of the match, abe yo kito.... you deserve fot it!!!
R is for what?? abe polis pun sokong.. kat kelate sticker ni memang da glamor, suma org tampal kat kete.. ROYALTI!!
aku suka giler gambar ni... org ATM, pakai baju kelate dalam uniform.. di dadaku ada merah... hehe
ni la dia admin kami boikot buletin utama TV3... pages dia memang ratus2 ribu follower ok..buletin utama memang da lama hilang kredibilitinya.. yang tiada or xnak tengok jalur lebar je boleh percaya berita dia...





ucapan akhir tok guru

p/s-- apa akan jadi kat arena bola sepak malaysia kalau tiada kelate... match yg ramai penyokong slalunya yg ada lawan dengan kelate je.. kalau tak, kosong la stadium slalunya....

Saturday, October 20, 2012

osteosarcoma

hari yang busy...
bangun awal pagi,harap2 sang suria menonjolkan diri..
da dua hari da hujan tak berhenti..
tanda musim tengkujuh da nak bermula..
harap tahun ni musim tengkujuh tak terlalu banyak hujannya...
bimbang ikan suami yg kat sangkar,
kalau air terlalu besar, boleh mati ikan2...
Alhamdulillah, hari panas sikit..
dapat la aku menjemur baju yg beraga-raga nih..

setel mandi n makan ecah  pia,
terus aku g USM..bawak Afia,
sue kawan aku tolong jaga....
memang mengamuk sakan la Afia..
TQVM Su...

banyak tugasan perlu diselesaikan..
1st-- aku kena siapkan roleplay pasal accident lori minyak dgn kereta untuk present selasa ni..janji dengan group pukul 10, aku sampai 10.30.. setel2 afia, dekat pukul 11 baru g.. da nak siap pun shoot nya... last2 aku cuma sempat last scene je, tu pun guna suara je.. tepon JPAM...

2nd--
kena hantar case write up untuk teaching Radiology Isnin..
kena submit kat Dr hari hi.. hohoho
ni aku memang kena salahkan diri aku sendiri, Dr bagi tugas ni dari Rabu petang lagi...
khamis da boleh  cari kes... tapi khamis kelas penuh,aku dok tunggu kat A&E pun takde plak case yg sesuai
jumaat xsempat nak gi ( alasan).. cuti kan...
aku kena buat azam baru ni..
azam yg LAMA macam da lapuk je...
KENA JADI LEBIH BERDISIPLIN!!

nak cari pt yang sesuai sekian hal da
nak yg ada chest finding..
akhirnya setelah mencari kat beberapa ward, jumpa satu kes ni yg ada bnyk finding..
tapi aku betul simpati kat patient ni...
tapi ketentuanNya adalah yg terbaik..

24 years old,very young malay man, from KB...
diagnosed to have bone tumour ( osteosarcoma) on dec last year..
da buang da cancer tu,tapi jadi smula Mei hari tu,
July da merebak ke paru2,
latest admission ni da merebak ke brain..
yg kat brain tu baru dibuang pun cancernya,
kalau tak buang,
dia akan sawan slalu..
but just as preventive not healing,
and for sure akan jadi smula..
latest, paru2 da bocor ( pneumothorax) sebab cancer tu...
tadi dia duk kat ICU, unconcious
the prognosis??
dont ask me..
sometime we can hope for miracle...

dalam folder plan,
siap ada plan to inform the parents about the reality of the diseases,don't hope so much..
i can't imagine if that task given to me....
tengok parents dia tadi pun aku da sebak...


apepun, life must go on..
sampai masa kita juga akan di jemput olehNya...

NOW move on to the third task-- need to present about approach to chest pain Isnin ni... nasib baik Afia tido lena.. letih ngamuk sakan siang tadi kot.. dia nangis satu desa dengar, sampai mak cik cleaner pun tegur....Ecah pun da tido... jom buat slide....

Tuesday, October 16, 2012

bersalin epidural

rasanya aku xpernah citer pasal Afia kat blog aku ni..
hari ni, walaupun umur afia da dekat 7 bulan, aku nak citer pengalaman melahirkan Afia..
25 march  2012, pukul 9pm, aku da stat rasa sakit perut...kebetulan suami cuti masa ni.. time Aisyah hari tu pun kebetulan dia cuti.. cakap da kat suami jgn g mana2.. aku malas nak g hospital lagi sebab malas nak kena tahan kad ward.. kalau boleh nak terus masuk labour room...
aku tahan je sakit tu..
sampai pukul 4 pg da xleh tahan da, terus ajak suami g HUSM...
sampai labour room, dr cek jalan da buka 3 cm..
fuhh.. lega, tak kena admit kat ward dulu.. bukannye ape, time ni aku tengah posting O&G.. mesti ramai kawan2 kat ward...
aku masuk labour room no5... menunggu jalan buka lg..

9 pg, ward round sesi pagi, sorang MO suggest kat aku untuk amik epidural...
epidural ni die cucuk ubat bagi tak rasa sakit ikut tulang belakang kita...
because it's free, aku terus setuju la... kalau kat swasta, xsilap aku bersalin guna epidural kos dia dekat  5 ribu...

lepas tu xda da la sakitnye..
cuma menunggu masa nak deliver je la...
untuk kali kedua, Atun, antara kawan baik aku nak conduct..
hari tu time Aisyah dia jugak, tapi xsempat, aku kena emergency caeserian..
dari pg Atun dok observe aku ni...
pukul 3.30, dia ada klas jap.. habis kelas dia datang smula..
xsempat dia datang aku da bersalin da..
pukul 4 ptg, 26 march...
xda rezeki dia lagi...
tunggu anak no 3 la plak atun ek.. hehe...

memang xrasa apa2 bersalin ke Afia ni..
tapi ade orang cakap nanti lama-lama akan sakit pinggang kalau guna epidural ni..
tapi setakat ni xda lagi..
harap xkan ada la...

kuar2 je Afia, suami terus azan kat situ jugak..
pastu staff nurse terus amik nak mandikan dia...
sebab tak rasa sakit kan,
aku push bukan main kuat,
koyak rabak ler...
dr xsempat nak gunting (episiotomy), kuar da Afia..
sesi menjahitnya pun lamaaa la..  lebih sejam..
tak terbilang da berapa jahitan..
tapi xpala sebab xrasa apa2 kan...
yg bagusnya, luka yg semula jadi ni walau teruk mana pun, it's heal faster & better than episiotomy scar.....

watu afia lahir ni aku perasan da dia bernafas ada bunyi..
tapi pakar paediatric cakap takpa...
esk paginya,
afia nafas makin laju..
ada sorang staff nurse perasan terus amik dia g kat tempat rawatan..

masa ni la dia collapse, and develop seizure
terus kena admit kat NICU...
esoknye aku balik sorang je kat rumah,
xda baby...
afia waktu kat NICU


Alhamdulillah.. Afia da sihat walafiat sekarang ni...
dialah juara menangis kat nursery tu...
sekarang da boleh meniarap,
merangkak boleh da sikit-sikit.....

tapi sekarang sy da sihat da.. kerja saya mengamuk je...
p/s-- after deliver 2 babies, kalau ada org tanya aku sakit tak bersalin, aku masih xleh jawab ape2.. sebab aku xpernah rase.. Aisyah C-sec, Afia under anaesthesia....

Monday, October 15, 2012

prednisolone...

dua tiga hari ni aku batuk teruk siap berkahak...rasa semput.... aku memang ada asthma... semalam aku terus g emergency mintak nebulize.. kebetulan aku tengah posting accident  emergency sekarang ni..

banyak jenis ubat jugak yg aku dapat.. tapi nak citer pasal prednisolone nih..
ia adalah sejenis steroid....
untuk acute attack dr prescribe ubat ni untuk 5 hari, 6 biji skali makan..aku jadi pelik,semalam selera makan aku kuat sangat.. xberhenti makan....
rupa--rupanya baru aku igt,yg aku amik prednisolone semalam..
steroid kan boleh menambah selera dan menaikkan berat badan..
hari ni pun amik gak tadii..
tu sebab lapo memanjang...
habis la gini...
badan da la memang gemuk
hehe...

Saturday, October 13, 2012

senario di psyciatric ward

nak share sikit,
ni kisah benar..
senario macam gini adalah pelik kalau kita tengok kat luar..
tapi kalau kat ward ni adalah NORMAL....


  • bila korang sampai kat pintu ward diorang sambut korang dengan penuh mesra, padahal korang xkenal pun diorang
  • make-up over giler... memang tebal giler, baju pun cantik2 diorang pakai.. sehari kadang2 diorangblh tukar baju baru yg cantik sampai 10 kali
  • diorang duk bersyair atau menyanyi atau berjoget sesama diorang
  • bergaduh tarik2 rambut, sampai nak pukul
  • kena ikat kaki tangan kat katil ngamuk punya pasal
  • org yg boleh tukar mood tibe2, kejap happy giler, kejap sedih, kejap marah
  • patient pompuan lg suka dr lelaki, patient lelaki lagi suka dr pompuan... kalo korang pompuana, jgn pakai lawa2msuk ward pompuan.. pernah ade sejarah pt mengamuk kat dr sebab pakai cantik sangat..
  • mereka slalunya boleh cakap banyak bahasa....jerman, english, malay, india, etc..
  • walau apa pun perkataan yg kuar dari mulut diorang, kita xkan sakit hati.. diorang xsihat kan... mulut diorang kadang2 laser giler. slamber je cakap, 'mu ni huduh la', 'kpala mu banyak kutu la' (walaupun xda).
  • diorang cakap sensorang...
  • diorang cakap dgr suara nak bunuh diri


kisah yg aku xleh lupa, ada sorang pt ni, die tengah manic episode.. jadi cakap banyak, suka jaLan2.. dia mintak staff nurse ikat dia sebab xlarat da asyik nak berjalan jer... haha.. slalunya pt yg kena paksa ikat, yg ni sukarela....


sebelum tido..

hmm... tengah mencuba tukar design... tapi aku ni tak creative.. teknologi pun xberapa nak pandai...

hari ni macam biasa.. penuh dengan aktiviti...
awal pagi da bangun,
basuh baju 3 mesin,
basuh guna tangan sebesen,
jemur baju,
lipat baju yg xsempat lipat 2 raga
tolongg umi masak sikit2..
tengahari g sangkar dgn suami & anak-anak..
lama da rasanya xkuar sesama...
berkelah kat sangkar dengan ma, adik bongsu& ofismate suami...
seronok..

bakar ikan.. ini mak sy

inilah tiram...

balik rumah maghrib
siapkan anak2.tidokan..
melipat2 baju yg basuh siang tadi sambil jeling2 match kelantan lwn selangor..
TAHNIAH THE RED WARRIOR!!
dalam letih2, sempat je berfesbuk, berblog....

malam ni kena tinggal lagi..
suami tido sangkar...
hmmm...

Friday, October 12, 2012

beraya di kem baha, gunung stong....


p/s--ENTRI INI BANYAK GAMBAR!!!

da lamaaa giler da gi..
baru nak update hari ni...
tema naik gunung kali ni
MAKAN,MAKAN, DAN MAKAN,TURUN GUNUNG BERAT NAIK... haha

plan awal nak gi gegirl je..
last minute suami ikut skali..
siap bawak dua puteri ni...
aku lg suka sebenarnya, sebab xperlu tinggal ecah n pia...
aku memang xpernah tinggal diorang sebelum ni....
terlalu awal ke untuk budak umur 18 bulan & 6 bulan untuk hiking???
memang awal la, sebab diorg xleh panjat sendiri lg, hehe..
aku dgn suami la yg mendukung....
tapi rekod kat sini baby paling awal umur 3 bulan sorang, 4 bulan sorang.... for sure, ayah dan ibu mereka hikers. guider also....

rasa kejap sangat nek.. xpuas...
pujian boleh di beri dekat 2 orang puteri ni,
sebab tak ngamuk langsung...
siap tido waktu naik n turun gunung hari tu...
anak gunung kan....

aku xingat tarikh da...
khamis malam jumaat bertolak..

khamis malam
pukul 2 pg gerak.. awal sangat.. tu pun kalut2 lg, aku packing barang aku,anak2, suami,pukul 11 mlm tu...
pukul 4 pg amik sorang kawan yg turun bas kat bukit bunga, jeli..
sampai Dabong dlm pukul 5 lbh2.. tunggu kawan yg naik ketapi dr jb plak.. dia sampai dlm pukul 6.30 pg..
semua da ada, sembang2 dulu.. lama xjumpaa kan..

jumaat
breakfast dulu..
pastu g resort..
packing2 dulu...
pukul 10 start jalan..
semput dowhhh.. hahaha
2 jam sampai kem baha...


ecah ngan pia da ready


kitorang pun da ready



on track.. rehat jap...




da sampai

posing sikit
jom p mandi

TENGAHARI--- tomyam, telur dada,kangkung goreng, tea o limau,apa ntah lg...
PETANG-- cekodok, nugget, keropok lekor
MALAM-- spagetti

sabtu

pagi ni suma pakai baju raya, except suami yg xnak join.. ngantuk...
PAGI-- kuih raya, lontong, kari ayam, nasi impit, serunding, apa lg ek?? tak ingat da.. sebab banyakk sangat makan..
tengahari bertolak turun da

acik haida dgn pia

yeayy, ecah dpt duit raya


menu pg raya

selamat hari raya.. aku lupa bwk tudung raya.. huhu..


tq kat semua kengkawan yg memang sedap masak...
berbaloi bawak beg yang beratt sangat kan.....
xpuas rasanya..
kita gi lagi lain kali....

pencinta gunung...

ok2...
aku nak citer pasal org lain..
sorang kakak ni.. ni blog dia, klik SINI
tak pernah jumpa dia,
just follow blog dia,
dia agak berumur... tapi memang giler2 suka gunung..
sangat kagum dengan dia..
da berumah tangga, anak dua,
tapi gunung memang tak tinggal...
dia usaha cari masa fre untuk hiking...
kerja dia memang busy... kat maybank hq..
buat part time makeup artist lg,buat pelamin..
tapi suami dia memang sokong habiss...
aku harap aku da kerja nanti aku pun sempat lg hiking ni..
forever love... haha

ni salah satu ayat yg dia describe pasal hiking ni


Mood hari nih adalah sangatttt.. indescribable.. beyond words! 

Seriously, aku tataw kenapa setiapkali fikir pasal hutan, arrange trip 
nak masuk hutan, perasaan tu excited semacam. Tersenyum-senyum 
sengsorang. Rasa tak sabar. Rindu. Rasa macam nak pegi dating dengan 
kekasih gelap. Sangat teruja. Huahuahua.. description tak agak-agak. 
Tapi tu lah kenyataannya

Thursday, October 11, 2012

blog yg kusam....

blog ni da lama tak di edit design nye...  aku pun da bosan melihatnye....
nantikan perubahannya...
tak lama lagi.....
hehe....

konvo suami....

sy suka sgt gmbr ni... belon tu pinjam org punya... waktu amik gmbr ni, kalut sgt, tangan kanan suami tu tgh pegang rokok tu... macam aku plak yg konvonye....


ASSALAMUALAIKUM..
nak citer pasal majlis konvo suami... 1st of all, tqvm to my youngest sister sebab bawak photographer free... kawan dia yg study kat MMU.... agak berbakat dia ni...

gambar pun xdapat lg.. yg ada ni pun yg dia upload sikit dulu kat fb.. aku yg suh, sebab takda gambar langsung untuk di tatap.. hehe

perjalanan yg sangat panjang..

jumaat
pagi lagi bertolak ke perak... sampai dlm pukul 4 ptg.. gi rumah abg suami. tido sana dulu.. malam suami g beli baju ngan seluar nak pakai konvo

sabtu-- suami g dulu UIA.. kitorang bertolak awal pg ahad

ahad-- 
pukul 4.30 pg da bertolak dari perak.. 2 buah keta.. yg pergi, umi, abah, family kakak ipar, & family abg ipar....
pkul 8 pg sampai UIA.... abah dgn umi masuk dewan..
bermula drama aku dgn 2 org puteri yg kerjanya MENGAMUK SAKAN... sangat letih... selamat kak ipar tolong sikit2.. dia pun xblh nak tolong sngt sebab ada anak kecik jugak...
 lepas semua da masuk dewan, kitorang g makan kat cafe.... makan kejap... Aisyah berak plak....
aku plak boleh tertinggal pampers dlm kerete yg di parking agak jauhhhh... g kat kereta dgn dukung si ecah ni lagi.. suh jalan lambat sangat.. aku ni dengan kejar nak g tgk suami amik scrool kat live screen....  sangattt berat ecah ni.. nak basuh berak dia sekian hal lagi.... susah betul.... pastu g buat susu dia... time ni kak ipar pegang Afia.. tapi dia duk ngamuk jugak...

setel ecah, aku g cafe smula.. afia macam bese, NANES, NANES,  dan NANES...
LETAK ECAH AMIK AFIA, ECAH PULAK MERAUNG...nak buat guane... huhu
kitorang g masuk dewan yg ada live screen..
mak ai JAUHHNYA... lenguh da lengan....
dewan agak selesa, ada aircond...
masalahnye 2 puteri ni duk nyanyi lagu diorang la... habis semua org tengok.... aisyah bagi susu diam... Afia ni aku slalu breasfeed je.. tapi ni tengah ramai org... botol dia xbawak plak... memang ngamuk la....
last minute, adik bongsu sampai, amik ECAH... aku bg susu ecah ke afia.. setel kejap...
rupanya ECAH DUK NGAMUK KAT LUAR DEWAN...
gitulah sampai nak habis sesi pagi tu barulah 2 puteri ni tido....

yang sadisnya...
terlepas tengok suami amik scrool.. yg aku dan tengok ade sorang girl ni je... pernah ada 'skandal ' suami... huhuhu... tersenyum sekejap time tu... teringat kenangan lama....

da kuar dewan, sesi amik amik gambar.. lunch reramai.. petang amik gambar.... pukul 7 bertolak balik ke Kelantan... memang letih giler.... gilir2 memandu dgn suami..
selamat 2 org puteri tido lena... mungkin da letih mengamuk siang tadi...

gombak- raub-- suami drive
raub- gua musang---aku drive
gua musang--- kuala krai-- suami plak
kuala krai--- nilam puri--- aku plak
nilam puri-- tumpat-- suami

boleh bayang betapa ngantuknya kitorang???..
igt nak tido kat mana2 inn kat kuala krai da..
tapi sebab aku exam esoknya, kena balik juga
sampai ruamh dekat pukul 4 pg...
esok awal pg lg da g USM..
sampai exam da start da....
tapi dr baikkk sangat....
ok...

ni ucapan buat suami yg tercinta.. kalau dia ade baca..

congratulation on your convocation....
all the best for your chambering.. you must be a great lawyer soon, even better than your master ok.. IssyaAllah...
Albert Einstein said "you must learn the rule to play, and you must play better than what you learn"
 i love you so much...

banyak gambar xdapat lagi.. gmbar family pun xda lg...

gambar ni banyak kali amik baru jadi...

i like this picture...

siapa dia yg konvo sebenarnye ek???

p/s.. letihnya rase macam lagi letih dr nek gunung... yg terase sangat lengan la.. duk dukung 2 puteri ni seharian....

Wednesday, October 10, 2012

sahabat...

aku ada banyak kawan... tapi sekarang ni semuanya da jauh- jauh.. yg dekat pun aku xsempat nak jumpa diorang slalu.... dek komitmen yg sangat banyak..... group mate pun kawan2 jugak kan.. diorang slalu je ajak aku kuar, tapi aku memang terpaksa tolak... sebab anak2.. tapi diorang memang sangat memahami.....
kalau dulu sebelum kawin, slalu la kuar dinner dgn kawan2 nih... kadang2 group mate ajak lunch same pun aku xleh join, sebab nak g melawat Afia kat nursery, nak g breastfeed dia.. kekadang aku sendiri pun xsempat nak lunch...

aku rasa sekarang blog ni la sahabat aku yg paling rapat... tempat aku nak citer sgalanya... at least aku ada tempat untuk nak luahkan perasaan, gtau keadaan aku sekarang... dan blog ni juga yg merapatkan aku dgn adik2 yg lain.. sebab aku tahu mereka slalu follow. nak jumpa slalu, memang xdapat, diorang jauh... hmmm... i miss u all so much.... angah, dher, ija, adik, along...

da tua2 nanti boleh aku tgk balik kisah2 lame aku.. boleh ecah&afia tahu kisah diorang nih....

sahabat aku yg lain semestinya suami kan.. tapi dia sekarang ni sangatt2 sibuk..... kekadang sian plak tengok... letih mencari rezeki.. kalo dulu ade jugak kuar dinner dgn dia kat luar.. tapi sekarang ni tak dan.. lama da rasanya xkuar dengan dia... awal pg da kuar g kerja, balik lewat petang slalunya... pastu malam mesti kluar, bos nak jumpa la, sangkar ikan dia lg.. nak g bagi makan ke ikan.. nak kena slalu tengok2 takut ada org naik.. sebab org memang slalu curi ikan kat kawasan tu.. sangkar dia pun pernah kena naik orang hari tu.... dia balik, kadang2 aku xsedar pun, da tido... kalo dulu2 rajin jugak merajuk.. tapi sekarang ni da biasa da.... weekend jarang skali dia free... outstation sokmo... takpa la... demi kesenangan kita di masa hadapan...

ok.. ape ntah aku merapu....

 sebenarnya ade bnyk cerita yg aku nak cita.. kat entri lain.. tapi aku memang nak cita supaya ini semua menjadi kenangan... weekend ni fre.. igt nak blogging.. kalau la 2 org puteri tu tak meragam...
aku nak citer pasal

kisah aku nek stong hari tu, lama da tangguh,
kisah konvo suami,
posting psychiatric,
konflik kecik yg berlaku dgn suami,

ok.. insyaAllah aku citer weekend ni...
 minggu ni da last week posting psychiatric.. petang ni aku exam MCQ plak... isnin hari tu exam clinical.....
doakan aku lulus posting yg sangat pendek ni... 2 minggu jer,,,

Thursday, October 4, 2012

seminar with prof Hasanah

pagi ni ada seminar tajuk liason psyciatric dgn prof Hasanah.. lepas habis seminar tu ada la dia citer sikit pengalaman die..

dia cakap, dia ada ramai client slalunya perempuan terdiri drpd golongan professional, bila kita tengok dia macam xda masalah langsung.. sangat berjaya dalam karier, ada kereta mewah, di hadapan org ramai mereka nampak sangat ceria...

mereka sebenarnya ada masalah peribadi.. selalunya masalah keluarga (adakah aku akan jadi macam ni jugak?? )
 mereka slalu ada idea nak bunuh diri sebab serabut dgn rumahtangga...
kadang ada yg gtau harap suami diorang mati la ( ramai)...
nak bercerai la....

 prof pesan nak pilih suami, jgn pilih rupa je... sebab tu xjamin kebahagiaan... cari yg rajin wat kerja rumah, yg xgarang...as a preventive medicine.. heheh..
 tapi macamane nak kenal kan... kita slalu kenal suami kita yg sebenar lepas kahwin...
hmmm..

p/s--- bila da termaktub itu jodoh kita, dialah yg terbaik untuk kita....

Wednesday, October 3, 2012

post-exam

baru je habis exam kat klinik tadi...
hmmm.. dr tak puas hati.. kena exam skali lagi next week..

aku dok prepare case psychotic,
kuarnya neurotic....
PANIC DISORDER!!!

DR PESAN
"BALIK BACA LAGI....."

OK, MASA UNTUK MEMBACA....


Tuesday, October 2, 2012

dia sudah memahami...

dulu tiap pagi nak g USM mesti Aisyah nangis guling2 nak ikut aku n Afia.. tapi sekarang dia macam da faham... tak nangis da..
mungkin sebab tiap pagi , aku akan cium dia, suh dia salam, cakap kat dia aku nak g blaja, petang mama balik la...
dia siap boleh hantar sampai ke pintu, siap tata, lambai2 tangan..
pagi tadi hantar depan pintu, tapi xlayan aku sangat.. dia duk pegang buku, belek2 buku, buat macam baca buku....
lega sikit rasanya......

examiner da bg pelepasan ahad ni untuk g konvo....
masalah exam dia awalkan.....
ESOK!!!..... huahuahahua
ok.. time to study...

Monday, October 1, 2012

UIAM konvokesyen day...

6-8 oktober- UIAM konvo day..
7 Oktober- for UIAM LLB cost...
means, my husband's name will be there....
Ahad ni...
hmm, kalo ikutkan aku ada exam ahad ni.. tak jumpa examiner lg ni, nak cuba mintak tangguh.. harap dia faham... lupa nak gtau, minggu ni aku da masuk posting psychiatric...
semalam 1st day aku da buat hal...  Afia punya pasal la.. semalam dia asyik ngamuk je... kat klinik, supervisor cari aku, nak briefing, puas kawan kol aku.... sebagai denda, supervisor denda aku kena present  case selasa ni.. lewat sikit aku g jumpa dia gtau masalah... aku suka jer kena denda, at least i'll learn something...

aku yg semangat lebih prepare untuk konvo suami.. dia pakai hitam putih.. aku siap g tempah baju kurung warna hitam ptuih.. macam aku plak yg nak konvonye.. heheh... baju anak2 pun aku da siap pilih, kaler hitam putih jugak.. siap beli head band hitam putih lagi.. hehe, semangat betul... ntah- ntah xleh g, examiner xbagi...

bila suami pakai robe konvo semalam, aku sebak sikit... should be this year is my convocation year also..last September... postponed to next year.... takpa, xlame da kan....
 yg lagi aku geramnya, robe dia sais S... huahuahua.. xmuat la aku nak pakai nak untuk bergambar..... waktu die pakai, dia tanya cantik tak?, aku cakap buruk... sebab tak puas hati dia pilih saiz S... hehe... padahal ok je....

sekolah dalam hospital.....

Pujian harus di beri kepada isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman atas idea bernas beliau mewujudkan sekolah dalam hospital. Program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

aku betul2 kagum dengan idea ini. ini memang betul program untuk kepentingan dan keperluan rakyat..
 sekolah dalam hospital ni adalah untuk kemudahan pesakit dalam hospital untuk bersekolah... dia siap ada cikgu yang memang di bawah kementerian pelajaran malaysia. selalunya pesakit2 kronik, macam kanser, jantung, fracture, mereka duduk lama dalam wad.. daripada mereka duduk sahaja, mereka boleh belajar seperti biasa di kelas yg di sediakan. pada masa sama mereka tidak akan ketinggalan pelajaran.. terutama bagi pelajar yg akan menghadapi peperiksaan besar.. guru yg mengajar juga bertauliah. sesi pembelajaran hanya 4 jam sehari.. juga ada taman berdekatan untuk pesakit merehatkan diri.. selain itu pakaian juga bebas..

secara keseluruhannya, program ini memang sangat bagus... kalau di beri bajet 100juta ( mungkin tak cukup kalau nak buat untuk semua hospital kat msia) pun, rakyat tidak akan pertikai.. sebab kita nampak ke mana perginya bajet ini.. kos membina, membayar pengajar, membeli peralatan mengajar.....


p/s-- kat HUSM pun da ada sekolah dalam hospital tau.. da 3 minggu da beroperasi...