semalam waktu aku dok tengah meting dgn group PBL aku, ada satu grup ni wat surprise kat kwn dia sempena birthday dia.. aku cakap kat member aku,
'seronok kan'..
die angguk.. pastu dia tambah.
' aku rasa bitrday ni kita patut wish kat mak kita, sebab dia yang lahirkan
kita'
aku mengiyakan.. pastu tanya dia..
'ko pernah wat ke?'
dia jawab
' aku sms mak aku cakap terima kasih tiap kali birthday aku '
terfikir sorang aku pastu... betul kate die.. kalau takda mak kite, memang tak merasa kita sambut birthday.. tak merasa kita hidup kat dunia ni.... patutnya tiap kali birthday kita, kita kena igt macam mana susahnya mak kita lahirkan kita ni..ucap time kasih kat dia.. aku xpernah buat sebelum ni. pasni aku nak buat..
hari ni aku duk termenung ingat kat mak aku... anak-anak suma da besar.. aku ni, da besar panjang da.. hasil jagaan dan didikan dia.. apa yang mak aku rasa sekarng ni??.. aku rasa mesti mak aku sunyi sekarang.. tak da org da kat rmh... anak2 kumpul reramai pun jarang...
aku harap aku boleh menggembirakan mak aku smapai ke akhir hayatnya.. terima kasih banyak2 ma sebab membesarkan aku, menjadikan aku yang hari ini korang lihat.. jasamu memang takkan dapat ku balas...
Jasa Bonda
Di saat kau lena dia berjagaKau bersenang dia bekerjaUntuk mu tiada terbatasMemberi tidak minta dibalasIngin dibinanya untuk muKehidupan yang sempurnaPunya kekuatan jiwaPunyai maruahLeterannya dari rasa luhurMenegur sebelum terlanjurItulah yang diwarisiPesan ibu terpahat di hatiBeringat-ingatlah berpesan pesanUntuk kebaikanMarah bukan kebencianTapi tanda sayangEngkau semakin dewasaBerjiwa merdekaSedang dia semakin tuaMembilang usiaDi saat kau berjayaDia tiada berdayaSemoga kau tak lupaJasa bonda