Wednesday, August 21, 2013

maka bebaslah Hosni Mubarak...

 tinta penuh makna dan pengisian dari Tok guru.. luangkan masa anda untuk membacanya....

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas. 

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud. 

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M

Wednesday, August 14, 2013

mai pakat derma darah..

bekalan darah dekat hospital kota sampai bharu sampai tahap kritikal sehingga banyak pembedahan yang dijangkakan memerlukan darah terpaksa di tangguhkan..

hari ni pun heboh di kelantan ni kempen suruh pergi derma darah kat HKB..
kawan aku, dr mas yg kerja HKB pun tepon tadi suh derma..
aku pun dengan semangat berkobar kobar nak gi derma darah kat HKB, cuma masalahnya transport..
pergi HUSM pagi ni en suami yang hantar...
ingat petang ni nak ajak en suami gi derma kejap..

rutin pagi ni start macam biasa,
pergi klinik jumpa patient tanya soklan, present kat superviser,
tetiba terasa lapar,
gi kuar jap kat kaki lima ( oren mall) HUSM..
unit transfusi darah HUSM ada buat program derma darah juga..
berat hati juga nak derma kat sini, sebab memikirkan kat HKB lagi memerlukan..
tapi staff nurses cakap,
" sama je dik, kalau HKB tak cukup darah, HUSM akan supply kat HKB"

time derma darah ni aku yang pertama..
macam retis plak rasanya sebab ada orang dari unit fotografi mai amik gambar..
balik bilik, aku tengok kat website HUSM ada gambar aku...
sekeping pun jadila.. hehe



p/s-- ni kali ke 13 aku derma darah...

Monday, August 12, 2013

Salam Aidiltri...

salam Aidilfitri buat semua..
maaf semua salah dan silap..
lama menyepi..
cuti panjang, hari ni baru start belajar semula...
cuti panjang+ takde internet..

en suami masih bercuti lagi  hari,
aku la terpaksa la pagi lagi bangun siap g kelas..
masih dalam mood raya ni..

kalau ikutkan tahun ni turn balik raya kampung aku di Pahang,
tapi disebabkan kekangan kewangan (hukhuk), tak balik tahun ni..
tu pun selepas beberapa kali berbalah &merajuk.. heheh..

tahun ni raya serba sederhana..
 kasut & tudung raya xbeli pun, guna yang sedia ada je,
sama la en suami pun...
 utamakan anak anak je..
aku pakai baju raya boria dengan anak anak..
tahun ni tema merah..

aku pun pakai baju petak2 sama dengan anak2.. tapi tahun ni takde gambar family.. en suami punya pasal la.. dari pagi raya aku ajak, dia duk tangguh tangguh last xdo sekeping pun...

 p/s-- walaupun da tak dapat duit raya, masih berpeluang mengira duit raya anak anak.. hehe...