Tuesday, January 8, 2013

patin buah...

korang kenal ikan patin?? mesti kenal
patin buah??
kalau kat negeri pahang, patin buah ni mahal harganya,
kalau yg sungai( bukan sangkar) lagi la mahalnya, mencecah ratusan sekilogram..
nak share ikan patin buah yg suami dapat, sungai punya..
7 kg berat dia....
besar kan???


Aisyah si budak penakut..  menangis xberhenti dia tengok ikan ni....pic xclear sangat

nangis sungguh sungguh.. ayah plak duk kacau...

besar dari Afia ikan nih.. Afia steady jer.. tak takut....

Monday, January 7, 2013

TQ dropbox!!!

disebabkan aku duduk jauh,
agak susah aku nak dapat apa reference kalau aku nak guna time emergency..
kalau duduk hostel, mudah, boleh gi bilik groupmate mintak kat diorang ada..

di sebabkan adanya dropbox, semua masalah ni bukan lagi satu masalah..
Dropbox ni kena install software dia..
kat situ kita boleh kongsi suma yg kita nak kongsi, up to 2gb.
yang best FREE!!
tapi semua groupmate mesti kena ada la dropbox ni,
ape2 yang kita rasa boleh kongsi, letak je kat file group kita kat dropbox ni..
yang best lagi, semua file akan tetap ada walaupun kita takde internet, tak perlu susah susah nak upload/down load,
cuma kita takkan dapat yang latest update, kalau ada la group mate upload yg terbaru..
kira macam folder dropbox ni, macam folder document kita kat laptop tu..
mudah kan...
takyah susah susah da..
slalunya apa yg aku perlukan untuk sesuatu posting tu, ade da kawan2 upload kat situ..
takyah da susah susah cari kat bilik kawan2..
past year exam question, powerpoint, new schedule, etc...

buka folder dropbox, ni la yg kuarnya, nak letak ape2 yg kita nak share, kitorang letak dalam folder group year 4 (skrg ni da yesr5 da) group 6 tu.. nak tengok ape ade dalam folder tu????
tengok.. sangat membantu kan.... mudah dan senang.. boleh share dengan semua group...               

p/s--- teknologi kalau digunakan dengan betul, sangat banyak manfaatnya....

Sunday, January 6, 2013

Setiap yang berlaku ada hikmahnya...


Salam semua..
da lama aku cakap aku nak cerita kisah afia bertukar nursery..

al kisah, waktu aku posting district hari tu,
tiba2 group kitorang kena datang USM untuk 2 hari..
aku pun kena la bawa afia..
aku da bagitau kat nursery USM yg bulan 12 tu aku tak letak Afia..

sebab emergency, aku bawa Afia hari tu,  kira bayar jagaan harian,
tak bagitahu awal2.
aku datang pagi Ahad tu,
penyelia cuti pula..
k.dah penyelia, sangat baik orangnya..
penjaga tak nak jaga Afia hari tu,
diorang cakap, semua penjaga da cukup kuota...
diorang buat tak layan je

memang salah aku tak inform awal,
kalau k.dah ada mesti die ambil..
2 hari je pun,
lagipun aku da letak Afia sejak dia umur 3 minggu kat situ..
diorang pun da biasa, bukannya baby baru..

time ni aku sangat sedih,
da la kalut lagi, kelas pukul 8 pagi..
rasa nak menangis pun ada..
macam kita ni mengemis nak mintak orang jaga anak kita..

aku pun start kereta,
bawa Afia kat nursery kat luar USM ni,
TASKA BAKTI namanya...

kebetulan ada kosong satu je lagi untuk baby umur setahun kebawah,
Afia pulak nak dengan sorang pengasuh kat situ.
aku da pesan awal awal yang Afia ni kuat nangis,
ape2 hal telefon aku...
diorang langsung tak telefon aku hari tu..
memang Afia tak nangis..

yang best lagi,
nursery ni buka 24 jam..
lebih office hour, bayar rm2 je sejam kan..murah kan??
aku terus decide letak terus Afia kat sini...
tu la kisahnya..

nak tahu ape hikmahnya??
aku jadi sangat mudah..
sebab 24 jam,
aku slalu sampai awal USM, 7pg da sampai sebab bertolak awal, nak elak jam..
kalau nursery USM, buka  7.45.. terpaksala aku menunggu slalunya..
kat tempat baru ni, anytime aku boleh terus letak Afia...
Afia plak suka dengan pengasuh kat situ, jadi aku takyah da bersusah susah ulang alik ke nursery nak handle Afia.. so lepas ni aku boleh lebih fokus untuk study...
petang pulak, aku slalu habis kelas lewat..
tak perlu bimbang da lepas ni..
kalau tak sebelum ni, bila 5.30 ptg, kalo aku dalam kelas, kadang2 terpaksa keluar, takpun terpaksa susahkan kawan2 yg lain suruh ambik Afia..
satu lagi, tiada masalah lagi kalau aku oncall... boleh letak situ..
overall aku boleh fokus kepada study dan final exam tak lama lagi...

banyak kan hikmahnya??
memang Allah da merancang yg terbaik...
Dia membantu menyelesaikan masalah, dan memudahkan urusan..
Alhamdulillah...


p/s-- dan pagi tu, sekali lagi aku lewat ke kelas....

Saturday, January 5, 2013

groupmate yang xpernah lupa saya

aku tak duduk hostel
jauh dari groupmate aku..
susah sikit la nak tahu update2 terbaru..
study pun sengsorang..
tapi groupmate aku memang baik,
selalu remind aku awal  kalau ada perubahan schedule..
ye la.. aku kan jauh, kena bertolak awal kalau ada apa2 perubahan schedule..
kadang kadang sampai 3/4 orang semua remind same things..
Chinese,Malay,Indian semua sangat concern...
aku memang sangat terharu...

minggu lepas, nak exam hari khamis,
aku tau da, 8am, dewan kuliah 5.. DR da pesan time briefing..
Rabu malam tu, aku suh kawan email somethings yg aku takde untuk buat revision exam esoknya,
 Dia email apa yg aku mintak,  sekali lagi dia remind pasal exam ( kalau dia tak remind pun, aku memang takkan lupa la, exam kan)...
saya memang terharu..
TQVM my friend, sebab tak pernah lupakan aku...

Friday, January 4, 2013

sandal baru...

sandal baru pun nak cerita...
setelah agak lama,
sandal suma da rosak, sampai pinjam yg ma.. hehe
akhirnya beli jugak....

aku suka sangat sandal ni, biarla orang lain cakap huduh pun..
love at first sight.. hehe
selesa sangat,
boleh berjalan laju/berlari anak(macam student yg sangat sibuk+nerd (padahal lambat datang) tanpa halangan..
berdiri lama pun tak sakit...

lagi best, suami yang bayarkan guna allowance chambering dia yg xseberapa tu, hehe..
TQVM.. really appreciate it...




tak tipu, sangat selesa!

Thursday, January 3, 2013

saya takut jarum...

ye.. saya sangat takut jarum..
memang tiap kali nak cucuk aku akan jadi berdebar, kadang kadang sampai nak nangis..
tetapi, walaupun aku memang takut jarum, tapi aku sangat suka menderma darah..
routinely donor my blood every 3-4 months..
tapi da lebih 2 tahun aku stop, sebab pregnant..
3 bulan lepas pun aku ada gi, tapi tak lepas sebab darah rendah.. takleh derma..

saya darah o+ve

semalam aku gi derma darah..
kebetulan ada masa free tengahari,
bosan menunggu kelas petang,
sebab lama sangat xkena cucuk jarum,
debar lain macam,
sampai berpeluh,
memang aku tak pandang langsung lengan sepanjang proses derma darah ni..
punya la takut jarum...
Alhamdulillah, xde ape pun yang berlaku...


last April 2010.. lamaaa da kan...

lepas ni kalau tiada aral melintang, InsyaAllah nak derma setiap 3 bulan...

marilah ramai-ramai kita merderma darah, ramai yg memerlukan darah kita...
datang je ke unit transfusi darah HUSM,
sangat selesa,
makan minum disediakan,
cenderahati pun ada diberi....

p/s-- ada orang cakap, kalau derma darah, nanti naik berat badan.. tak betul ek....

Wednesday, January 2, 2013

all is well, all is well, all is well...

2013 da menjelma ek...
selamat tahun baru semua..
aku xda apa2 azam, sebab aku da berazam untuk berazam ketika awal muharam...


all is well,
pernah tengok cerita 3 idiots??
lakonan amir khan,
ni la  yg amir khan duk cakap sokmo, bila dia hadapi masalah..
bagi yang belum tengok,
baik tengok,
cerita ni sangat bagus..
aku banyak kali da tengok ni...

what happen to my beloved husband??
Alhamdulillah, selamat di bedah..
petang isnin lepas..
nasib baik petang, aku sempat la menghantar suami sampai ke depan pintu OT...
dan semalam suami da boleh balik rumah da..
cepat kan?? Alhamdulillah....

sebenarnya aku agak serabut dua tiga hari ni,
berulang alik tumpat ke USM, HKB, USM  smula, HKB smula, tumpat
balik rumah tengah malam,
urusan anak2 lagi,
dengan skip ward round 2 hari berturut turut
pagi tadi kena marah sebab xdatang ward round..

korang rasa boleh diterima ke alasan aku??
aku sebolehnya tak nak jadikan anak anak dan keluarga sebagai satu excuses..
bila dr tanya pagi tadi,
aku tak bagitau pun kenapa.. aku rasa macam alasan aku tak boleh diterima...
.
 NO WORRIES LA FAZA!!!
small matter only, you have another 20++ ward round session for this medical posting
ALL IS WELL,ALL IS WELL, ALL IS WELL....

p/s--- ward round ni adalah rutin setiap pagi semua dr& medical student untuk review patient yang ada kat ward...