Thursday, April 12, 2012

i have thuosands reasons to smile...

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan anak yg ke 2... puteri lg... nur afia nama di beri... 26 mac hr tu.... 3 hari selepas aisyah genap setahun.... syukur di atas kurniaan rezekiMU ya Allah...

tapi afia sekarang kena admit kat Neonatal intensive care unit (NICU) since 2day afia lahir lagi..
pg 2nd day, afia tiba2 sesak nafas... pastu kena sawan... pastu xsedar... kena intubate.. sampai hari ni, hari ke 18, afia masih xsedar... macam investigation da buat, lumbar puncture (ambik air tulang belakang), ct scan, molecular study, etc.. tapi sekarang ni doc just treat as meningitis ( jangkitan kuman kat otak)... sekarang ni afia ade da gerak sikit2, da buka mata... bagi susu badan, tapi pump and bagi ikut tiub...

patutke aku bersedih?? memang bnyk sbb aku patut bersdh,

ibu lain discharge hosp bwk blk baby, tp aku kuar sorang2 je
ibu lain blh direct breasfeed baby die, aku kena bg ikut tiub
malam2 blh tido dgn baby, tp aku xleh..
blh mandikan baby, tukar baju baby...
pastu tengok pulak baby terseksa dengan doc xberhenti amik darah, penuh da kesan cucuk kat tangan, kaki.. badan baby plak penuh dengan wayar...

TAPII...
AKU ADA LAGI BANYAK REASON UNTUK TERUS TERSENYUM DARIPADA MENANGIS...

  • 1ST, aku Alhamdulillah aku da ada 2 org anak diusia yg begini muda.. 24 tahun... ramai lg org kat luar sana yg masih berusaha untuk mendapatkan anak...
  • at least baby aku masih selamat.. ade org discharge dgn baby mereka telah pergi menemui ilahi..
  • at least afia masih boleh minum susu guna tiub... kat ward tu, ada baby yg langsung xblh minum..
  • syukur juga afia dapat minum breast milk.. kat ward tu ramai juga yg minum guna susu formula sebab ibu2 mereka xcukup susu badan...
  • kat wad NICU tu, ramai lg baby suffer lg teruk dari afia... dan parents diorang tabah je, jd patut ke aku menangis?? xpatut kan...
  • hadis di bawah sudah cukup untuk buat aku sentiasa tersenyum

Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


aku juga ada family yg xberhenti memberi support...
banyak lagi reason untuk aku terus tersenyum...

p/s- xdpt nak upload gambar afia... next time ek...
p/s- nur afia maksudnya cahaya kekuatan.. aku bg nama ni, supaya afia sentiasa kuat untuk menghadapi segala ujian dan kesakitan.. semoga afia cepat sembuh.....



3 comments:

Fikrah said...

SYABASSS E...ADE HIKMAH PADA SETIAP YANG BERLAKU..

a.s.m.a said...

Be strong , Faza.
InsyALLAH , DIA sentiasa ada untuk kita.
ain doakan yang terbaik untuk Faza & Afia.

armouris said...

sabar separuh daripada iman... terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin