Wednesday, November 21, 2012

SEMINAR KEIBUBAPAAN....

SOUND OLD & BORED.. HAHA
yakkk.. aku gi seminar keibubapaan..
macam tak percaya..
aku tengok suma yg datang da berumur.. aku sorang je yg nampak macam xsesuai berada disitu.
da la sengsorang je gi...
kena terima kenyataan yg aku da tua, da ada 2 orang anak..

Al-kisah pagi semalam, kat nursery Afia, ade sorang sister datang gtau ada sseminar keibubapaan petang ni ( petang semalam). semua di jemput hadir.. dia gtau la nama ahli panel... sorang pakar paediatric ( aku pernah exam dengan dia), sorang dietition, sorang lagi ustaz..
tajuk seminar
MENDIDIK ANAK-ANAK SECARA HOLISTIK

memang best seminar ni.. dari pukul 2 sampai 5 petang.
terasa kejap je..
pelbagai aspek dalam mendidik anak anak di kupas oleh ahli panel..
at the end ada pulak sesi soal jawab..
aku nak share sikit ape input yang aku dapat semalam..
aku xdapat nak fokus sangat sebab akak( or makcik) sebelah aku dok sibuk ajak aku berborak.. taknak layan kang, sian ke dia.. nak tegur takut dia cakap kurang hajar...

Dr paed (pakar kanak-kanak)
DR ni alim...
dia ingat aku lagi, dia sempat senyum ke aku waktu die duk kat atas stage.. heheh mesti dia ingat aku yg teruk yg exam dengan dia dulu.. time kasih sebab luluskan saya PROF.
ya PROF..
anak die yg darjah 6 da hafal satu Al-Quran
yg darjah 4, da hafal separuh..

dia cakap, 65% nak bina sikap/ajar anak2 adalah waktu diorang umur 6 tahun kebawah..

anak2 boleh kenal baik dan buruk start diorang umur 7 tahun.. so kalau anak buat salah sebelum tu, xleh nak marah2 sangat.. dia tak tahu menda tu elok ke tak.. kita kena tegur...

 kurangkan anak kecil dengan TV /tablet/games sebab kajian mendapati sinaran yg mereka lihat itu belum sesuai dengan umur kereka, dan antara punca kanak-kanak menjadi hyperactive, autism..

dia banyak terang pasal medikal..

ustaz..plak, kelakar..
antara pesan dia

nak dapat anak yg soleh bermula dari memilih pasangan lagi..
pilihlah yg beragama
tengok perangai adik-beradik bakal isteri, kerana ada hadis mengatakan anak2 kita akan mengikut perangai adik beradik isteri kita..

sentiasa ajar anak kalimah LAILAHAILLALLAH..

ajar mengenai halal haram kepada anak semenjak kecik, supaya mereka sudah terbiasa

suruh anak2 mula solat umur 7 tahun, pukul mereka apabila mereka tidak solat bila mereka berumur 10 tahun.. pukul mestilah yg tidak mencederakan.

ajar anak mencintai rasullullah.contohnya cerita mengenai sejarah nabi, kalau nak ulit tido sentiasa ulitkan dengan selawat

apabila anak berumur 10 tahun pisahkan tempat tidur anak laki2 dan perempuan

JANGAN SESEKALI MENIPU ANAK. kalau kita menipu semestinya anak kita akan jadi penipu...

nak baca secara lengkap tentang cara mendidik anak, dia suruh beli buku
TARBIATUL AULA...

OK..  tamat da kisah yg bosan...

P/s-- akak sebelah aku tu nak promote HERBALIFE rupanya... die approach sikit sikit...



No comments: