Tuesday, April 23, 2013

bukan ujian kita...

sudah lama entry ni terperuk..
hari ni baru ada masa nak update kisah ni..
aku nak kongsi kisah seorang pesakit kanser tulang waktu aku posting peadiatric yang lepas..
lupa nak gitau, aku da masuk posting surgery da..
last posting before final exam...

aku rasa ujian ni macam terlalu berat untuk mereka sekeluarga..

aku bagi nama adik A..

adik A duduk kat Raub, Pahang
dapat kanser tulang dari umur 5 tahun, sekarang umur da 12 tahun..
semua rawatan kat HUSM kubang kerian, kelantan sebab HUSM adalah tempat terbaik untuk pakar tulang... jauh kan...
ulang alik mari kelantan naik bas..
kakinya sebelah da dipotong beberapa tahun yang lepas...
rumah jauh di pedalaman..
ayahnya bekerja menoreh getah, tiada kereta sendiri..

mari kita sama sama hayati perjalanan pergi dan balik siap kali nak datang USM yang boleh dikatakan setiap bulan.


ayahnya akan hantar dia dan ibunya ke stesen bas Raub dengan meminta pertolongan jiran yang ada kereta..
dia dan ibunya akan menaiki bas dari Raub ke Kelantan, (ingat, kakinya sudah di potong sebelah),
sampai kelantan, mereka menaiki teksi ke HUSM,
selesai rawatan beberapa hari,
mereka balik semula ke Raub,
dari HUSM menaiki teksi ke Stesen bas..
dari Kota Bharu ke Raub menaiki bas,
sampai awal pagi di tepi jalan menunggu ayah mereka menjemput mereka dengan meminjam kereta jiran  berdekatan..
lebih kurang sejam perjalanan barulah mereka sampai ke rumah mereka yang jauh di pedalaman...

inilah yang mereka lalui setiap kali untuk datang ke HUSM.. tidak dapat aku bayangkan bagaimana adik ini melalui semua ini dengan kepayahan untuk bergerak kerana kakinya sudah di potong sebelah..

Sesungguhnya bila kita merasakan masalah kita terlalu berat, ingatlah bahawa orang lain melalui ujian yang jauh lebih berat.

No comments: