setelah sekian lama menyepi...
peram bagi lama sikit.. hehe
how my result??
semua mesti da boleh teka,
kalau lulus mesti aku da update awal2 lagi..
yup, saya gagal..
for the first time in my medical school..
seminggu lepas terjumpa seorang kawan dia tanya,
" faza, kenapa lama tak update blog???.. masih bersedih sebab tak lulus hari tu ke.. saya pun bimbang takut awak depress"
hehe.. tak sangka orangg baca blog saya dan concern pasal saya...
haha.. sebenarnya mood je yang xde nak update blog.. bukan depressed..
amazing... sebab saya tak terlalu sedih untuk kegagalan kali ni..
entahla kenapa..
aku tak tipu ni..
aku ambil kurang dari 24 jam lepas result di umumkan untuk recover...
dulu setiap kali lepas solat aku mesti berdoa,
" Ya Allah, kau luluskanlah aku untuk peperiksaan Professional 3.. sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi kegagalan yang besar ini.. ianya ujian yg besar"
dan aku memang takut kalau gagal..
tapi aku gagal,
tapi aku pelik sangat, kenapa tak sedih sangat. aku rasa macam perkara kecil je..
aku cuma anggap ujian untuk aku..
aku rasa sebab aku da lalui banyak lagi ujian yang lagi berat dan besar dalam hidup..
lagi aku pelik kenapa lah aku tak rasa apa apa bila kawan -kawan yang da lulus ambik scrool waktu "white coat ceremony event"..
tahniah untuk kawan kawan semua...
betullah kata pepatah,
"kita tak tahu kita mampu lalui sesuatu ujian sehinggalah kita melaluinya sendiri"
tahun ni catat sejarah dalam medical school bila paling ramai fail.. 27 orang...
kitorang semua kena remedial selama 6 bulan..
Selepas cuti 2 minggu, 7 July start da
hujung Disember ni exam final lagi sekali...
doakan saya..
sebenarnya saya ada banyak alasan supaya saya jangan bersedih..
1. mesti ada hikmah ni!! I will learn more!!
2. ni baru first time gagal.. ade kawan2 yang lain tu yang gagal sekali dengan aku ni, kali kedua, kali ketiga, diorang okey je. .. kenapa aku nak sedih pula.. ade antara kawan kawan yang da lebih 7 tahun da study kat USM ni...
3.. aku takde ape2 pun nak kejar.. Alhamdulillah, family da stabil, adik beradik semua da bekerja.. ada antara kawan kawan aku tu harapan keluarga, harapan untuk mengubah nasib keluarga.. aku patut bersyukur... ada kawan kawan yang masih mencari jodoh, aku di usia 25 tahun da ada 2 anak.. bukankah aku jauh lagi beruntung dari mereka.. Alhamdulillah..
4. Allah nak bagi en suami jadi lawyer dulu.. Dia bagi rezeki lain dulu kat aku.. Alhamdulillah en suami da habis chambering dan akan certified jadi lawyer lepas raya ni.. majlis penganugerahan pun lepas raya ni..
sepatutnya cuti sebulan Ramadhan ni, tapi bos dia suruh kerja juga.. Alhamdulillah firm tempat dia chambering tu da offer kerja da lepas raya ni dengan gaji yang agak tinggi (tapi xdela tinggi mana pun) . kat kelantan ni selalunya habis chambering susah nak dapat kerja terus .. kira ni rezeki anak-anak.. insyaAllah tak defisit da belanja bulan2 lepas ni.. hehe. sebelum ni defisit sokmo.. tapi Alhamdulillah kami laluinya dengan bantuanNya.. selalunya pasti ada rezeki yang tidak disangka sangka datang...
p/s---SALAM RAMADHAN
No comments:
Post a Comment