selamat pagi semua..
aku nak kongsi sikit kisah pesakit yang aku sempat jumpa..
sebenarnya banyak kisah kisah yang boleh dijadikan pengajaran ataupun iktibar untuk kita semua..
di saat kita merasakan kita melalui ujan yang sangat besar, sebenarnya ramai lagi orang lain yang melalui ujian yang jauh lagi besar dari kita...
seorang anak kecil yang mempunyai masalah jantung sejak dari lahir,
aku sempat melihat dia waktu dia baru lahir, waktu itu dia di tahan di wad ICU bayi..
lama dia duduk di situ,
keadaan dia juga agak tenat..
tidak sangka selepas 7 bulan aku terjumpa lagi adik ini di wad paediatric ketika aku posting paed beberapa minggu lepas..
aku terus tegur ibunya..
bertanyakan kenapa masuk wad..
rupanya masalah jantungnya sejak dari lahir lagi belum selesai,
memerlukan pembedahan di IJN..
kali ni masuk wad sebab jangkitan kuman dalam paru paru..
kata ibunya kerana baru pulang dari KL untuk membuat pembedahan jantung anak ini di IJN..
tetapi di batalkan kerana keadaan adik ini yang masih belum stabil..
katanya setiap kali pulang dari KL mesti anaknya akan masuk wad kerana jangkitan paru paru..
aku bertanya banyak kali da ke pergi ke IJN?
jawapannya sudah 3 kali, dan setiap kali pergi,setiap kali itu jugalah pembedahan di batalkan..
rupa rupanya ibu ini pergi dengan menaiki bas setiap kali ke IJN kerana tiada kenderaan dan juga kekangan kewangan..
terbayang di kepalaku,
ibu yang sudah berumur ini,
mendukung anak yang sakit dari kelantan ke kuala lumpur,
selepas itu meneruskan lagi ke perjalanan IJN (mungkin naik teksi),
orang kampung yang pastinya kurang arif dengan kotaraya besar itu,
membawa beg lagi,
dan pulang semula ke kelantan, juga menaiki bas...
dan setiap kali pulang pasti anaknya di tahan wad akibat jangkitan paru paru.
perjalanan yang jauh dan menempuh tempat yang ramai orang sudah semestinya mudah untuk anak ini mendapat jangkitan..
dan sekali lagi aku tak boleh bantu apa apa pun,
cuma mendoakan semoga urusan pembedahan jantung adik ini di permudah dan di percepatkan,
tak perlu lagi ibu ini berulang alik selepas ini,
p/s-- selalunya kalau aku sedih sangat aku gi tandas dekat wad tu gi nangis kejap.. haha