Thursday, October 31, 2013

no 14..

semalam kali ke 14 aku menderma darah..
kebetulan unit transfusi darah HUSM buat special event,
derma darah untuk pre-monsoon..
siap ada cabutan bertuah.. rezeki aku, dapat cabutan bertuah botol air 2 liter...

towel tu souvenier HUSM bg.. semua orang dapat....

Wednesday, October 30, 2013

aku yang dulu bukanlah yang sekarang...

ini baru gambar muka, belum lagi badan, perut peha..
aku pakai tudung yang sama ni, yang nampak kuruih 2011, yang booolat tak ingat tu yang latest..

dulu ade bentuk la juga dagu tu.. sekarang bulat je siap berlapis lagi dagu....

Tuesday, October 29, 2013

bicara tentang rezeki...

aku nak cerita kisah aku.. sekadar berkongsi..


secara jujur, aku kahwin ketika aku masih belajar, en suami pun masih belajar. tiada pendapatan tetap. bila ingat balik, dah hampir 4 tahun kami lalui situasi ini. ya, masalah kewangan. yang tak pernah berakhir. bila di ingat kembali, ia satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan dan suatu pengajaran secara tidak formal dalam mematangkan aku. ianya sangat berharga.

antara pengajaran yang aku dapat adalah nikmat Allah ni terlalu besar. rezeki itu bukanlah duit semata mata. apabila kita sentiasa bersyukur, susah macamana pun situasi tu, kita seolah olah tidak terbeban dengan masalah itu. secara jujur kekadang dulu pernah aku langsung kering duit sampai tiga empat hari. bila hujung bulan, mula da berfikir nak bayar nursery anak lagi, loan kereta lagi, susu pampers anak anak lagi.  Alhamdulillah setelah melalui masalah ini berkali kali seolah olah ini bukan lagi masalah. apa yang aku ingat, Allah ada dekat dengan kita. Dia akan bantu kita. aku hanya berdoa dan yakin serta usaha.

tak pernah lagi anak anak aku putus susu, putus pampers, tak pernah lagi berlapar. setiap kali aku betul betul buntu, mesti Dia datang bantu. ni berlaku berkali kali. Contoh tiba tiba en suami dapat part time tourist guide time dia masih study hari tu. time dia study dulu, dia ni berkawan dengan polis polis yang berumur, yang sambung degree law kat UIA. bila da tua ni kan, da ada pendapatan tetap pula. en suami la yang jadi tukang buat assigment diorang, ajar diorag sikit sikit. en suami tak minta, tapi diorang mesti bayar, banyak juga diorag bayar. bab makan, tak yah fikir langsung, takde duit seminggu pun takde masalah. diorang ni belanja tiap hari!.. sampai hari ni kan, hubungan en suami dengan polis polis ni masih rapat, ada antara polis da jadi bos besar dalam PDRM. bila diorang datang kelantan, masih lagi datang rumah, jumpa en suami. bukan seorang tapi ramai juga.

 Time dia Chambering hari tu, banyak juga dia dapat kes yag kekadang memang tak di sangka sangka. berkali kali!.. kekadang dia gi court untuk urus kes bos dia, dia dapat kes. pernah sekali tu, memang poket kami kosong langsung. dia pergi ke mahkamah Tumpat sebab nak urus kes bos dia. tanpa disangka dia dapat kes baru, dan dia dapat terus cash RM800. yang hairan ramai ramai lawyer kat mahkamah tu, client tu boleh jumpa en suami yang ketika itu tak official pun lagi jadi lawyer. inilah rezeki Allah. banyak juga kes lain yang en suami dapat. ada yang dia dapat legal fee dia belasan ribu, tapi en suami dapat komisyen je la sebab buat masuk kes untuk firm. tapi rezeki juga kan. Alhamdulillah.

aku tak pernah lupa jasa keluarga yang sentiasa ada setiap kali aku memerlukan. memang tak terbalas jasa mereka semua. ma, ayoh, adik beradik.

betul  rezeki itu bukan duit semata mata. 
aku ada ramai kawan kawan yang  sangat la baik yang sentiasa membantu aku dalam belajar, tolong jaga anak anak. ini juga rezeki

ma aku duduk dekat dengan aku, aku  kekadang bila perlukan bantuan untuk jaga anak  anak senang minta tolong ma. ramai lagi orang yang duduk berjauhan dengan ibu bapa mereka. nak balik jumpa pun jarang jarang, kerana kesibukan kerja. ini juga rezeki untuk aku kan.

suami duduk dekat dengan aku. semua pasangan yang sudah berkahwin mengharapkan boleh duduk bersama dengan suami. sekarang ni ramai orang yang walaupun keduanya sudah berkerja masih duduk berasingan. ada terpisah semenanjung dengan sabah sarawak kerana tuntutan kerja. ini juga rezeki untuk aku kan.

seawal umur 25 aku da ada 2 orang anak. harta yang sangat lah bernilai. ramai lagi sahabat diluar sana yang seumur dengan aku masih bergelut mencari jodoh. ini juga rezeki. Alhamdulillah.

walaupun kekadang kekeringan duit, rezeki lain melimpah ruah masuk. pokok keliling rumah en suami, dokong, duku, mata kucing, jambu batu, jambu air, mempelam, kuini, sukun, chempedak, nangka, pokok lada, sayur sayur semua nya berbuah dengan sangat lah lebatnya. aku sendiri hairan tengok, teramat lebat. setiap orang yang datang mesti tegur sebab buah penuh pokok. hari tu en suami panjat pokok dokong, baru satu pokok je, dapat dekat 30kg buah, tu pun tak kutip habis  lagi sebab banyak lagi yang belum masak. kekadang buah kat rumah tu   buruk macam tu sebab terlalu banyak tak terhabis makan. pokok kelapa pun lebat sangat sampai  tok peraih mari beli untuk jual semula kat kedai kedai.

bila hujung minggu, aku atau en suami gi ke tepi tepi laut, kutip tiram , lala. banyak juga dapat selalunya. ini juga rezeki. en suami dengan hobi memancingnya banyak juga hasilnya. kekadang dapat sebaldi, sampai tak habis makan buat ikan masin pula. kekadang berminggu tak perlu beli ikan pun. ikan yang dapat pula, ikan yang sedap juga, ikan  merah, ikan kerapu, siakap, ikan talam, selar kuning, kembung, airback, sembilang, haruan, toman, banyak lagi la. yang kalau beli banyak juga RMnya.  

kekadang walau tiada duit, makanan di rumah tu masih lagi mewah tanpa perlu keluar belanja pun.

ALHAMDULILLAH, rezeki itu bukanlah wang semata mata.

pengalaman juga mengajar aku untuk lebih bersyukur. en suami banyak mengajar aku. dia selalu pesan, tolong orang  susah selagi boleh, kalau ada duit sikit sedekah sikit kat orang lain. biarla kita punya belanja pun cukup cukup. Allah akan balas semula, kalau tak kat dunia, Allah balas kat akhirat nanti. dan balasannya bukan lah duit semata mata. hati yang tenang itu juga rezeki.




Monday, October 28, 2013

overweight...

selepas hari raya aidilfitri hari tu, aku punya berat badan naik mendadak sampai tahap tak boleh diterima lagi... sampai hari ni total 5kg naik.. makan banyak sangat.. aku rasa tiba masanya untuk aku ambil serious masalah ni.. BMI aku sekarang kategory overweight..

di saat encik suami makin hari makin mengecil, aku ni makin hari makin membesar.. kekadang malu nak jalan sebelah encik suami.. da lama da malu nak pakai seluar, peha ni besauu sangat.. tu la aku duk pakai kain or baju kurung or jubah je selalu sejak dua menjak ni.. ramai juga yang bertanya pregnant ke sebab perut ini sudah boroi.. hohoho..

tak tahu la ni fakta ke apa, tapi aku tengok orang yang da bersalin mesti ada masalah ni.. perut geleber, peha besauuuu sangat.. lemak kawasan ni membiak tanpa perlu baja pun.. nak turun bukan main susah, tapi naiknya sekelip mata.. sighhhh.

hari ni da seminggu da aku reschedule aku punya diet+excercise... ade da turun sikit berat badan.. tapi yang kat perut ni susah la sangat nak turunnya... masalah berat badan ni sebenarnya membuatkan aku jadi takde mood nak update blog...

ni dua area yang paling susah nak turun..

macam ni la aku punya flabby abdomen.. ( aku punya kecik sikit kot, haha)

will me be slim like this one day?? seem impossible.. hahaha

p/s- en suami da panggil aku boroi da....haha

Thursday, October 24, 2013

thursday... YEAYYY!!!!

HARI NI DA KHAMIS!!!
maksudnya petagg ni da balik rumah suami di Tumpat setelah seminggu duk USM..
ooooooh, tak sabar nak jumpa dak ecah dengan pia...
rindu sangattt..
ayah diorang rindu jugak... hehe


gambar pagi sebelum cik suami long call

Monday, October 14, 2013

sehari sebelum raya haji...

sepatutnya da cuti da hari ni..
tetiba dr nak buat kelas hari ni,
dua kelas pulak,
aku pulak yang kena present..
 orang lain semua da balik..
haiisshh..
tapi bukan aku sorang je,
ramai kan yang masih bekerja hari ni..
selamat menunaikan tanggung jawab masing masing ye...
selamat menyambut hari raya Aidiladha...



jalan dekat Kelantan pun da start jam giler giler.. semua rakyat sudah berpusu pusu balik...
hari ni lepas subuh da keluar rumah, takut lambat sampai USM.
tu pun da banyak kereta..

aku kagum sebenarnya dengan orang kelantan ni.
tak jumpa da kat negeri lain..
korang kena datang duduk kat kelantan ni, baru korang tahu hebatnya orang kelantan ni,
negeri dia pun best, pentadbiran pun bagus...
diorang punya budaya pun banyak yang boleh di contohi,
yang aku xjumpa sebelum ni selama aku duduk kat pahang..
aku buat satu entry lain pasal ni nanti...



Friday, October 11, 2013

kisah cinta dolo dolo dolo

sebab ni kenangan, aku nak buat entry juga..
da tua nanti boleh aku tengok semula..
dari mula kenal sampai sekarang, en.suami pernah bagi dua je kad.. satu kad hari raya, satu kad birthday. ni pun waktu awal perahwinan dulu..
en suami ni waktu memula dulu je jiwang karat, kalau mesej tu panjang berjela, ayat bunga bunga.. tapi sekarang ni.. non adooooo...

aku terjumpa kad ni time ngemas rumah. sebelum hilang tiada kesan, lebih baik aku tinggal kesan dia kat blog ni.






ayat jiwang tak ingattttt.. haha

Thursday, October 10, 2013

proses menghasilkan kambing golek untuk di golek di atas gunung...

da lama entry ni terrperap kat draft..
aku nak post jugak,
just nak share pengalaman..
prosesnye tak rumit sangat pun..
layan gambar deh..
resepi  untuk perap ni en suami buat sendiri,
nanti aku update semula resepinya...

kambing di sembelih oleh abah (ayah mertua)

en suami melapah kulit

siap di lapah


setelah di basuh, sesi memerap pula.. nanti aku share resepi dia ek..

sesi membalut.. balut kena kemas dan padat supaya mudah packing nak masuk beg..

balutan kedua.. ready untuk  disejukbekukan dulu..

en. kambing yang berjaya digolekkan di atas gunung...

Wednesday, October 9, 2013

esok khamis!!!

mungkin ramai da irritate  sebab aku selalu cerita kesibukan aku kan..
macam la busy sangat,
orang lain pun busy jugak, lebih lagi dari kau..
da ni kau punya punya tanggungjawab, kenapa nak merungut plak..

haishh..
aku memang taknak merungut,
tapi kekadang nak merungut jugak..

hari ni da rabu,
esok khamis,
bermakna posting O&G yang sangat tense ni akan berakhir...
tatau la, posting ni stress sangat,
lecturer yang garang sangat, mudah marah,
ward round tiap pagi kena marah
exam every week...
aku dari hari ahad lagi duk mengira hari, bila la khamis nak menjelma..
aku ingat aku sorang je yang macam tu,
rupa rupanya sorang kawan aku pun macam tu..


alhamdulillah
 banyak input posting ni,
lecturer garang pun banyak mengajar...

tak sabar menuggu minggu depan, raya haji,
aku akan bercuti panjang
dari isnin sampai sabtu..

kan best kalau boleh gi holiday dengan dak ecah, pia & en suami...

lama da tak bercuti....  
 p/s-- selalunya bercuti kat sangkar en.suami je....

Tuesday, October 1, 2013

Bercanda di Pantai Irama


ini kompilasi 3 kali pergi ke pantai Irama, nun di Bachok...
1st time terkejut juga, sebab da banyak perubahan..
banyak aktiviti..
boleh naik kereta kuda, naik banana boat, jet ski pun ada,..
sebelum ni takde..
yang aku suka pantai Irama ni, kebersihan dia terjaga. jarang sangat boleh tengok sampah...
kalau pantai seri tujoh, yang dekat sangat dengan rumah en suami tu, sangat la banyak sampah..

suka sangat boleh main pasir  

ibu dan menantu serta cucu-cucunya.. hehe
 

afia je yang berani naik atas kuda ni, Aisyah awal awal lagi da nangis...