secara jujur, aku kahwin ketika aku masih belajar, en suami pun masih belajar. tiada pendapatan tetap. bila ingat balik, dah hampir 4 tahun kami lalui situasi ini. ya, masalah kewangan. yang tak pernah berakhir. bila di ingat kembali, ia satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan dan suatu pengajaran secara tidak formal dalam mematangkan aku. ianya sangat berharga.
antara pengajaran yang aku dapat adalah nikmat Allah ni terlalu besar. rezeki itu bukanlah duit semata mata. apabila kita sentiasa bersyukur, susah macamana pun situasi tu, kita seolah olah tidak terbeban dengan masalah itu. secara jujur kekadang dulu pernah aku langsung kering duit sampai tiga empat hari. bila hujung bulan, mula da berfikir nak bayar nursery anak lagi, loan kereta lagi, susu pampers anak anak lagi. Alhamdulillah setelah melalui masalah ini berkali kali seolah olah ini bukan lagi masalah. apa yang aku ingat, Allah ada dekat dengan kita. Dia akan bantu kita. aku hanya berdoa dan yakin serta usaha.
tak pernah lagi anak anak aku putus susu, putus pampers, tak pernah lagi berlapar. setiap kali aku betul betul buntu, mesti Dia datang bantu. ni berlaku berkali kali. Contoh tiba tiba en suami dapat part time tourist guide time dia masih study hari tu. time dia study dulu, dia ni berkawan dengan polis polis yang berumur, yang sambung degree law kat UIA. bila da tua ni kan, da ada pendapatan tetap pula. en suami la yang jadi tukang buat assigment diorang, ajar diorag sikit sikit. en suami tak minta, tapi diorang mesti bayar, banyak juga diorag bayar. bab makan, tak yah fikir langsung, takde duit seminggu pun takde masalah. diorang ni belanja tiap hari!.. sampai hari ni kan, hubungan en suami dengan polis polis ni masih rapat, ada antara polis da jadi bos besar dalam PDRM. bila diorang datang kelantan, masih lagi datang rumah, jumpa en suami. bukan seorang tapi ramai juga.
Time dia Chambering hari tu, banyak juga dia dapat kes yag kekadang memang tak di sangka sangka. berkali kali!.. kekadang dia gi court untuk urus kes bos dia, dia dapat kes. pernah sekali tu, memang poket kami kosong langsung. dia pergi ke mahkamah Tumpat sebab nak urus kes bos dia. tanpa disangka dia dapat kes baru, dan dia dapat terus cash RM800. yang hairan ramai ramai lawyer kat mahkamah tu, client tu boleh jumpa en suami yang ketika itu tak official pun lagi jadi lawyer. inilah rezeki Allah. banyak juga kes lain yang en suami dapat. ada yang dia dapat legal fee dia belasan ribu, tapi en suami dapat komisyen je la sebab buat masuk kes untuk firm. tapi rezeki juga kan. Alhamdulillah.
aku tak pernah lupa jasa keluarga yang sentiasa ada setiap kali aku memerlukan. memang tak terbalas jasa mereka semua. ma, ayoh, adik beradik.
betul rezeki itu bukan duit semata mata.
aku ada ramai kawan kawan yang sangat la baik yang sentiasa membantu aku dalam belajar, tolong jaga anak anak. ini juga rezeki
ma aku duduk dekat dengan aku, aku kekadang bila perlukan bantuan untuk jaga anak anak senang minta tolong ma. ramai lagi orang yang duduk berjauhan dengan ibu bapa mereka. nak balik jumpa pun jarang jarang, kerana kesibukan kerja. ini juga rezeki untuk aku kan.
suami duduk dekat dengan aku. semua pasangan yang sudah berkahwin mengharapkan boleh duduk bersama dengan suami. sekarang ni ramai orang yang walaupun keduanya sudah berkerja masih duduk berasingan. ada terpisah semenanjung dengan sabah sarawak kerana tuntutan kerja. ini juga rezeki untuk aku kan.
seawal umur 25 aku da ada 2 orang anak. harta yang sangat lah bernilai. ramai lagi sahabat diluar sana yang seumur dengan aku masih bergelut mencari jodoh. ini juga rezeki. Alhamdulillah.
walaupun kekadang kekeringan duit, rezeki lain melimpah ruah masuk. pokok keliling rumah en suami, dokong, duku, mata kucing, jambu batu, jambu air, mempelam, kuini, sukun, chempedak, nangka, pokok lada, sayur sayur semua nya berbuah dengan sangat lah lebatnya. aku sendiri hairan tengok, teramat lebat. setiap orang yang datang mesti tegur sebab buah penuh pokok. hari tu en suami panjat pokok dokong, baru satu pokok je, dapat dekat 30kg buah, tu pun tak kutip habis lagi sebab banyak lagi yang belum masak. kekadang buah kat rumah tu buruk macam tu sebab terlalu banyak tak terhabis makan. pokok kelapa pun lebat sangat sampai tok peraih mari beli untuk jual semula kat kedai kedai.
bila hujung minggu, aku atau en suami gi ke tepi tepi laut, kutip tiram , lala. banyak juga dapat selalunya. ini juga rezeki. en suami dengan hobi memancingnya banyak juga hasilnya. kekadang dapat sebaldi, sampai tak habis makan buat ikan masin pula. kekadang berminggu tak perlu beli ikan pun. ikan yang dapat pula, ikan yang sedap juga, ikan merah, ikan kerapu, siakap, ikan talam, selar kuning, kembung, airback, sembilang, haruan, toman, banyak lagi la. yang kalau beli banyak juga RMnya.
kekadang walau tiada duit, makanan di rumah tu masih lagi mewah tanpa perlu keluar belanja pun.
ALHAMDULILLAH, rezeki itu bukanlah wang semata mata.
pengalaman juga mengajar aku untuk lebih bersyukur. en suami banyak mengajar aku. dia selalu pesan, tolong orang susah selagi boleh, kalau ada duit sikit sedekah sikit kat orang lain. biarla kita punya belanja pun cukup cukup. Allah akan balas semula, kalau tak kat dunia, Allah balas kat akhirat nanti. dan balasannya bukan lah duit semata mata. hati yang tenang itu juga rezeki.
No comments:
Post a Comment