Sunday, November 24, 2013

separuh dekat sudah kami berkelana....

yup.. sudah 5 tahun kami berkelana hidup bersama memadu asmara.. ceeewahhh.. asmara la sangat... masih mentah lagi. ada orang cakap, fasa pertama perkahwinan ni adalah 10 tahun pertama. lepas tu barulah kita matang sikit. lagi 5 tahun lagi..

bila tiba bulan November, setiap tahun mesti aku teringat tentang perhubungan kami. terutamanya bila musim hujan. sekarang ni da mula da musim hujan.. aku berjumpa en suami bulan  ni, waktu musim hujan pulak tu. waktu naik gunung. 3 hari 2 malam, hujan je tak berhenti. tapi time naik gunung ni takdelah aku rapat sangat dengan en suami. sepanjang jalan en.suami duduk belakang, dia duk tolong satu perempuan ni je. tolong bawak beg sebab perempuan ni tak berapa sihat time ni. tak tolong pun aku!!  hishh.. heheh.

kami kenal tak lama, terus kahwin.. banyak kenal baik buruk perangai pun lepas kahwin. tak tipu, banyak juga sikap dia yang aku tak suka. tapi kita semua ni tiada yang sempurna. aku pun banyak kekurangannya.
aku mengharapkan agar kami tetap bersama sehigga ke syurga..



p/s--- we are ready for the third!! hopefully it will be soon.. by September will get the third.. on my birthday maybe... hehe

Saturday, November 9, 2013

dulu lain sekarang lain...

aku tak balik rumah hujung minggu kali ni.. study group aku banyak  pulak. sayang nak tinggal.. bila lama tak balik memang rindu tak terkata la kat anak anak . kat ayah dia pun sama. aku pun hari ni telefon la en  suami suruh datang ambil aku. aku nak balik...

isteri : abg amik syg malam ni boleh? amik lewat sikit. syg ada study group dulu. syg rindu sgt da dekat anak anak ni. boleh ke abg datang amik?

suami : jangan tanya soalan ni boleh? syg tau da kan jawapan dia. abg malas nak gi amik. da la jauh. hari khamis hari tu abg ajak baik gelenya* tak nak balik.. sabar la, esok kan da boleh balik da. isnin selasa kan cuti dua hari..

isteri : abg ni.. suruh amik je pun. susah sangat. kalau dulu tu tak suruh datang pun, tiba tiba da sampai USM.. sekarang liatnya

suami : dulu lain, sekarang lain.. abg sibuk lagi hari ni..

isteri : terus letak telefon... geram..

kalau dulu tu, waktu awal kahwin, aku ingat lagi, aku kol dia cakap jatuh motor, kejap je lepas tu dia da sampai USM ni. da la jauh dari tumpat tu.. takde injured ape ape pun.. sekarang ni kalau sakit teruk pun aku rasa mesti dia suruh gi emergency HUSM je.. dekat kan..

kalau suh hantar gambar anak anak, hari ni suruh esoknya baru dapat.. kalau gambar dia, lagi susah.. bagi pun gambar yang tak jadi...

meh tengok yang suami hantar hari ni.. aku rasa gambar ni suami main snap je.. setelah di paksa oleh aku.. heheh

gambar ini blurrr

ecah dok makan, dia snap.. hehe

ni.. mata pun tak pandang kamera... nampak sangat main snap je...
p/s--- sebenarnya suami memang banyak kerja pun.. jaga ikan dia lagi, kerja kat ofis yang melambak.. urus anak anak lagi, mandikan, buat susu, basuh berak, tidokan, bangun tengah malam buat susu.. TQVM en suami.. i love u so much....

p/s--- gelenya=gatai

golongan yang mendapat naungan Allah...


Friday, November 8, 2013

Bulan ini bulan cinta!


aku tak tahu kat tempat korang..
tapi bulan ni aku penuh dengan jemputan kahwin...
setiap minggu.. jauh jauh pulak tu... kawan kawan rapat pulak tu, ada sorang tu kendurinya kat Kedah, siap datang rumah aku sendiri hantar kad.. tergamak ke kalau aku tak gi???

16 november--- rumah sepupu suami.. dekat je dengan rumah

23 november---- hari ni ada 3.... satu kat Terengganu, satu rumah sepupu suami yang lain pulak, satu lagi rumah kawan aku dekat kubang kerian ni..  kawan aku yang kahwin ni, masa aku kahwin dulu datang tau.. jauh nun di Pahang.. so no excuse untuk aku tak datang.. sibuk seharian la ni.. pagi gi tolong memasak rumah sepupu suami, lepas tu ke Terengganu, balik lepas tu singgah ke rumah kawan aku... ready untuk si dak Ecah ngan Pia ngamuk..

30 November ---- moh kita ke Kedah.. pasangan kedua GEX ( gunung explorer, team gunung aku ) akan melangsungkan perkahwinan.. Nik dan Alang.. siap mai rumah menjemput ni.. wajib la aku pergi.. hopefully time ni en suami da dapat gaji... hehe
alang&nik...

7 Disember --- ke Kedah lagi ni.... ini sepupu suami menghantar menantu...suami cakap kena pergi.. sebab time kitorang kahwin hari tu, mak saudara dia ni sekeluarga ikut berarak ke Pahang...

exam pun da nak dekat.. hopefully semuanya akan berjalan lancar bulan ni...


p/s--- bulan september tahun depan penuh la labour room... selalunya ramai orang bersalin time ni...

Thursday, November 7, 2013

kisah di pagi hari..

ini kisah pagi semalam waktu aku da nak bertolak dari rumah nak ke HUSM.. en suami hantar.. sebelum tu hantar aisyah dengan Afia rumah pengasuh dulu...

Al-kisah, kucing kat rumah tu yang da sarat mengandung, bersalin dalam almari baju kitorang..
aku yang perasan pagi tu...

aku : abg, kucing ni bersalin da.. dalam almari baju ni.. kena alih ni, jap sayang gi cari kotak..

setelah mencari kotak besar tapi tak jumpa..

aku : abg tak jumpa la

suami: biarla dulu anak kucing tu dalam almari tu.. balik kerja petang ni abg tukar tempat dia.. da cepat tutup, nanti ibu dia nampak kita kacau anak dia, takut ibu dia merajuk tak nak nyusu anak dia.. nanti mati pulak..

aku: betul ke abg ni? tak pernah dengar pun pasal ni..

tetiba ibu kucing datang, nampak dia terkejut sebab rahsia dia da terkantoi.. hehe.. dia terus masuk dalam almari, amik sekor dari empat  ekor anak dia.. gonggong guna mulut dia.. nak wat lari.. time ni si ecah dengan pia da berlari da ikut ibu kucing ni, sambil duk jerit " baby meoww, baby meoww"

suami : syg ni la kacau, tengok da ibu dia bawak lari.. ibu pun, gonggong anak pun tak betul lagi tu.. tengok tu, gonggng ponggong anak, sepatutnya gonggongg kat leher tu..

aku : ape la ibu kucing ni. padahal da dua kali bersalin da. dukung anak pun tak pandai lagi..

suami : cakap kat kucing.. syg pun sama je.. anak 2 da.. tak pandai pandai lagi jaga anak.. duk nangis je selalu...

sengih aku sorang... geramm aih dgn en suami ni...
 

Wednesday, November 6, 2013

salam maal hijrah 1435....

terasa baru je aku menulis entry tentang azam tahun baru aku untuk Maal Hijrah yang lepas... sungguh cepat masa berlalu.. selamat meyambut tahun baru Islam buat semua...

bercerita tentang azam tahun baru yang mana azam tahun lepas pun banyak yang tak tercapai.. 
aku selalu baca status di wall facebook EBIT LEW.. dia selalu berkongsi nasihat dan kisah kisah berguna.. ini antara pesanannya tentang tahun baru ini...aku sangat terkesan..

marilah kita bersama sama berazam yang mana selari dengan keredhoan Allah.. sebab kehidupan kita ini yang sebenarnya hanyalah mencari keredhoanNya.. biarlah setiap azam itu membawa kita lebih dekat kepadaNya atau membuka jalan kepadaNya...

saya di Universiti ramai kawan-kawan yang ajak berniaga suka bertanya kereta apa kau nak pakai? Rumah apa yang kau nak? Negara mana kau nak pergi? Siapa kau nak kahwin? 
Setiap kali tahun baru hijrah ini ramai juga tanya apa yang saya nak lagi dalam hidup ini. Semua itu baik. Kita sentiasa ada keinginan. Tiada yang boleh beri apa yang kita inginkan melainkan Allah.
Tapi marilah kita kata, Ya Allah terima kasih atas segala kebaikanMu kepadaku selama ini. Tidak berhenti dan tidak pernah putus.

Orang beriman sentiasa bertanya apa yang saya mahu dalam hidup ini hanyalah Redha Allah. Bila kita dapat redha Allah kita dapat segala-galanya.

Di kalangan sahabat mereka ada keinginan tetapi keinginan mereka paling utama ialah redha Allah dan membawa umat kepada jalan Nabi saw. Di antara mereka ada yang keinginan mereka dikebumikan bersama mereka demi untuk menghidupkan Islam.

Kerana itu di akhirat mereka disambut dengan ucapan salam dari seisi penghuni langit dengan sambutan dan aluan-aluan. Salam sejahtera ke atas kamu kerana berkat kesabaranMu.

Kata syeikh Yusuf Rah..Bila kita susah dan sedih, Allah nak dengar apa kita minta. ....Kata Mufti Zainal Abidin rah jika kita inginkan sesuatu ketika berjuang di jalan Allah. Kita ambil pen dan tulis apa kita nak. Kemudian tumpukan pada kerja agama.

Allah akan beri segera balasan di dunia. Tapi sahabat akan habiskan segalanya lagi untuk agama yakni nikmat yang mereka peroleh kerana mereka inginkan balasan di akhirat dan hanya inginkan Redha Allah dan ingin melihat syurga.

Ya Allah terimalah kami semua semakin tunduk dan menangis di depanMu.

Umar ra menangis bila baca ayat maksudnya, belum tibakah masanya untuk hati kenal dan tunduk kepada Allah....-ebit lew