Friday, November 8, 2013

Bulan ini bulan cinta!


aku tak tahu kat tempat korang..
tapi bulan ni aku penuh dengan jemputan kahwin...
setiap minggu.. jauh jauh pulak tu... kawan kawan rapat pulak tu, ada sorang tu kendurinya kat Kedah, siap datang rumah aku sendiri hantar kad.. tergamak ke kalau aku tak gi???

16 november--- rumah sepupu suami.. dekat je dengan rumah

23 november---- hari ni ada 3.... satu kat Terengganu, satu rumah sepupu suami yang lain pulak, satu lagi rumah kawan aku dekat kubang kerian ni..  kawan aku yang kahwin ni, masa aku kahwin dulu datang tau.. jauh nun di Pahang.. so no excuse untuk aku tak datang.. sibuk seharian la ni.. pagi gi tolong memasak rumah sepupu suami, lepas tu ke Terengganu, balik lepas tu singgah ke rumah kawan aku... ready untuk si dak Ecah ngan Pia ngamuk..

30 November ---- moh kita ke Kedah.. pasangan kedua GEX ( gunung explorer, team gunung aku ) akan melangsungkan perkahwinan.. Nik dan Alang.. siap mai rumah menjemput ni.. wajib la aku pergi.. hopefully time ni en suami da dapat gaji... hehe
alang&nik...

7 Disember --- ke Kedah lagi ni.... ini sepupu suami menghantar menantu...suami cakap kena pergi.. sebab time kitorang kahwin hari tu, mak saudara dia ni sekeluarga ikut berarak ke Pahang...

exam pun da nak dekat.. hopefully semuanya akan berjalan lancar bulan ni...


p/s--- bulan september tahun depan penuh la labour room... selalunya ramai orang bersalin time ni...

No comments: