Thursday, April 12, 2012

i have thuosands reasons to smile...

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan anak yg ke 2... puteri lg... nur afia nama di beri... 26 mac hr tu.... 3 hari selepas aisyah genap setahun.... syukur di atas kurniaan rezekiMU ya Allah...

tapi afia sekarang kena admit kat Neonatal intensive care unit (NICU) since 2day afia lahir lagi..
pg 2nd day, afia tiba2 sesak nafas... pastu kena sawan... pastu xsedar... kena intubate.. sampai hari ni, hari ke 18, afia masih xsedar... macam investigation da buat, lumbar puncture (ambik air tulang belakang), ct scan, molecular study, etc.. tapi sekarang ni doc just treat as meningitis ( jangkitan kuman kat otak)... sekarang ni afia ade da gerak sikit2, da buka mata... bagi susu badan, tapi pump and bagi ikut tiub...

patutke aku bersedih?? memang bnyk sbb aku patut bersdh,

ibu lain discharge hosp bwk blk baby, tp aku kuar sorang2 je
ibu lain blh direct breasfeed baby die, aku kena bg ikut tiub
malam2 blh tido dgn baby, tp aku xleh..
blh mandikan baby, tukar baju baby...
pastu tengok pulak baby terseksa dengan doc xberhenti amik darah, penuh da kesan cucuk kat tangan, kaki.. badan baby plak penuh dengan wayar...

TAPII...
AKU ADA LAGI BANYAK REASON UNTUK TERUS TERSENYUM DARIPADA MENANGIS...

  • 1ST, aku Alhamdulillah aku da ada 2 org anak diusia yg begini muda.. 24 tahun... ramai lg org kat luar sana yg masih berusaha untuk mendapatkan anak...
  • at least baby aku masih selamat.. ade org discharge dgn baby mereka telah pergi menemui ilahi..
  • at least afia masih boleh minum susu guna tiub... kat ward tu, ada baby yg langsung xblh minum..
  • syukur juga afia dapat minum breast milk.. kat ward tu ramai juga yg minum guna susu formula sebab ibu2 mereka xcukup susu badan...
  • kat wad NICU tu, ramai lg baby suffer lg teruk dari afia... dan parents diorang tabah je, jd patut ke aku menangis?? xpatut kan...
  • hadis di bawah sudah cukup untuk buat aku sentiasa tersenyum

Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


aku juga ada family yg xberhenti memberi support...
banyak lagi reason untuk aku terus tersenyum...

p/s- xdpt nak upload gambar afia... next time ek...
p/s- nur afia maksudnya cahaya kekuatan.. aku bg nama ni, supaya afia sentiasa kuat untuk menghadapi segala ujian dan kesakitan.. semoga afia cepat sembuh.....



Friday, February 17, 2012

aisyah da besar....

aisyah da nak masuk 11 bulan da.. bulan depan setahun.... nak dapat adik baru da.. heheh

hi..
nak citer sikit aisyah ni da blh watpe ek..
  • mulut die memang bising, tak berhenti membebel, tp tak faham die bebel ape.. dada,tata, baba, mama,macam2 lg la
  • sekarang ni da mula nak memanjat.. tapi xleh berdiri sendiri lagi, jalan lg la xleh..
  • da pndai babai, salam,
  • kalau org berzikir, mule la die goyang badan die kedepan blkg mcm org berzikir tu..
  • bg je handphone kat die, mesti terus die letak kat telinga


anak mama

dgn makcik2

my love

p/s-- aisyah belum tumbuh gigi lagi..lambat bebenor....

Thursday, February 9, 2012

wanita, beribu kebaikan pada dirimu....

"Jika semua orang tahu status sebenar wanita Muslimah, pasti yang lelaki juga ingin menjadi seorang wanita"
~Sheikh Akram Nadawi~

Beberapa hadis mengenai kelebihan dan kebaikan seorang wanita :


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Teingat bait-bait lagu ini.,

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah WANITA hiasan duniawi."


"Ad dunya mata', wa khoiru mata'iha al mar'atus shalihat."
(Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah)
~Hadith riwayat Muslim~

Wednesday, February 1, 2012

bertuahnya menjadi seorang isteri

muhasabah untuk diri sendiri jugak... diri ini selalu sangat merungut...

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Monday, January 30, 2012

never too late....

hari ni 8 feb 2012... dan hari ni baru aku nak listkan azam tahun baru nih... harap boleh di capai....

main facus and comitment for this year is my study...
  • nak jadi lebih berdisiplin
  • submit case write up on time
  • taknak lewat lagi apa2 posting schedule
  • nak bertolak awal dari rumah setiap pagi
  • reallly hope pass thru all posting...
  • dont want to repeat the whole 4th year...
ex rumate pernah ckp,
DO IT ONCE,DO IT RIGHT, NO NEED TO DO IT AGAIN...
DOAKAN AKU EK....


my wholelife comitment...
my husband,my daughter, dan yg bakal lahir sorang lagi nih
  • nak jadi isteri yg terbaik, saya akan mencuba yg terbaik
  • Aisyah,mama mintak maaf tak dpt nak bg full comitment kat aisyah... breastfeed pun sampai 6 bln je.. bkn mama xnak bg,tp susu xda... sebab mengandung... InsyaAllah,dah bersalin nanti nak bg smula Aisyah susu badan sampai umur 2 thn..
  • azam untuk anak yg ke dua ni, nak full breastfeed smpi umo 2 thn... InsyaAllah..

aku juga nak mencuba yg terdaya supaya tak menyusahkan ma dalam urusan menjaga anak2... tq very much my moms... betullah kata2, kasih ibu tiada tandingannya...

tu je azam aku untuk thn ni... taknak azam lebih, sebab tahu takkan tercapai....

p/s-teringin nak tmbh azam nek gunung stong hujung thn ni..hehe...

Saturday, December 31, 2011

selamat tinggal 2011.....

hari ni hari terakhir 2011..esok masuk tahun baru, dan insyaAllah akan bertambah orang baru.. hehe...
terlalu banyak perkara yang berlaku...
Alhamdulillah, banyak pengalaman di kutip.. bersyukur kerana dikelilingi orang yang sangat...... xdpt nakdi gambarkan...

KELUARGA TERCINTA, MAK AYAH,LOVELY SIBLINGS, SAHABAT YG XKAN KU LUPAKAN, GRUP POSTING YG SANGAT MEMAHAMI, DAN INSAN TERSAYANG.. SUAMIKU... only Allah know how much I love u all...

aku xpernah tunjuk lg kan gambar AISYAH... kali ni tengok la ek.. sebijik muke ayah die kan....


budak manje.. anak ayah..

p/s- syukur di atas segala kurniaan nikmatmu ya Allah.....

Tuesday, December 6, 2011

sungguh pantas masa berlalu....

pejam celik pejam celik tahun 2011 da nak berakhir... sekejap je plak rasenye...
terlalu banyak perkara yg berlaku... tak sangka aku da laluinya....

sukarnya, letihnya, seronoknya membesarkan anak.. ni baru seorang...
aisyah ni perangainye memang susah nak handle... takleh tinggal jauh sikit, mesti menangis je.... sekarang ni baru ok sikit sikit, selepas 8 BULAN.. da pandai sikit kot...

rutin ada anak ni jadikan aku extravaganza sibuknye...
awal subuh lg da bangun, siap kan Aisyah dulu, pastu diri sendiri plak.. dlam 7.15 pg da bertolak g usm.... bertolak lmbt sikit nye jwbnye lmbt la smpi sebab jln jem gila.. smpai usm letak Aisyah kat nursery, kalo sempat tidokan dia dulu.. pastu g kelas... kalo ada fre dlm pkl 10 lbh g mlwt Aisyah jap, pastu melwt tghr, and ptg amik.. kekadang suh kawan mntk tolong kwn tolong amik sebab xdan... mlm pulak paling sikit 3 kali die bangun...

tapi aku sgt bersyukur kerana dikelilingi kawan2 yg bnyk membantu dan yg paling berharga, ibu yg tak ternilai pengorbanannya.... banyak membantu walaupun sudah kurang dayanya dimamah usia....

Aisyah sakit pun banyak kali da, masuk wad pun da 2 kali.. jangktan paru2 skali( 5hari), severe vomiting sekali (sehari je, sebab aku mntk nak kuar sebab xdan nak urus kalo msk wad).. sakit mata pun ada.. macam2 la...

memang letih, tapi anak amanah Allah, tanggungjwb kita.. kalau tak tuhan tak bagi sebesar tu pahala sebagai ibu, mulianya seorang ibu, syurga di bawah tapak kakinya, keberkatan di dalam tanganya, makbulnya doa dipintanya...

p/s- esok aku exam clinical, mcq, dgn osce ORL.. doakan aku boleh jawab ek....