Thursday, February 28, 2013

trans titiwangsa V2 7th day--- Gayong dan Korbu di tawan

dalam pukul 10 pg bertolak dari puncak junction..
free body jer.. 
trek awal2 tak pacak, siap boleh berlari..
kitorang berhenti kejap kat kem cerek..
ambik air..
aku dan semua pompuan  tak turun  g ambik..
rupanya jauh kena turun ambik air..
ada yang cakap boleh tercabut bulu roma nak boleh naik semula...

kitorang duk borak2 sambil menunggu orang yg ambik air ,
pagi ni kitorang masak maggi goreng,
kitorang suma makan kat junction lagi,
tapi abg lan tapau, dia makan kat sini..
terliuqq pulak kitorang...


abg lan duk makan maggi goreng

alang mula2 malu nak mintak.. akhirnya mintak jugak... hehe.. last2 dia perabih...

time ni la kitorang bertemu dengan team lain,
team gabungan MPP dari beberapa universiti tempatan kat Malaysia...
5 orang je..
kuat kuat semua,
diorang tengah nak buat rekod 48 jam V1..
selalunya V1 ni orang buat 5-6 hari..
Hebat diorang ni...
misi diorang ni tersasar tak silap lebih 8 jam je....

7 hari dalam hutan kan..
lama tak tengok orang punya pasal..
jadi jakon semua..
kelakar giler time ni..
semua ternganga mulut time diorang ni sampai termasuk Abg Lan...
Edot dgn Alang mula da perangai nakal diorang,
depa panggil geng MPP ni " abang hensem ada six pads" hahaha

bergambar dengan team MPP
perjalanan diteruskan ke puncak Gayong...





lepas Gayong, perjalanan diteruskan ke puncak Korbu...
time ni aku sudah mula mental..
pacak betul..
aku siap taknak jalan da, suruh diorag je teruskan,
sebab turun Korbu guna trek sama.
kira jumpa semula time turun..
Abg lan tak bagi, dia suruh teruskan..
rupa-rupanya time aku mental ni, 5 minit je lagi nak sampai puncak Korbu...
sampai Puncak Korbu lebih kurang pukul 3 lebih... lunch kat sini...
lama lepak kat korbu

tengok aku mental... sampai2 terus cabut kasut, stokin cabut sebelah je....





saya da sampai puncak kedua tertinggi di semenanjung....
agak petang perjalanan balik semula ke puncak junction,
sampai dekat selekoh Gayong,
langit mula gelap dan hujan...
langit semakin gelap.. belakang tu puncak Korbu yg kami tinggalkan....

trek last yang nak sampai puncak junction pacak tak ingat...
sangat sangat sangat pacak..
memang mental..
maghrib baru sampai puncak junction...

No comments: