Saturday, July 20, 2013

SALAM RAMADHAN..


lambat sikit buat entry pasal ramadhan.
hari ni hari hari ke 11.. da lepas da sesi pertama Ramadhan...

selamat berpuasa semua..
marilah bersama sama kita berlumba mengerjakan ibadah di bulan yang penuh kemuliaan ini..
selamat bersahur, berbuka, bertarawikh, bertadarus, berqatam Al-quran, bersedekah dan banyak lagi..

Alhamdulillah,
tahun ni boleh tarawikh berjemaah semula...
abah memang buat tarawikh jemaah sekeluarga kat rumah tiap tahun..
en. suami je yang pergi tarawikh kat surau..
2 tahun yang lepas tak boleh,
2 tahun lepas aisyah kecik lagi,
kerjanya menangis dan menyusu je, memang takleh tinggal,
tahun lepas turn Afia pula..

Alhamdulillah tahun ni dua dua da besar sikit da..
Afia pula rutin tido dia berubah pula Ramadhan ni,
lepas Maghrib mesti tido..
tinggal Aisyah je yang duk teman kami sembahyang..
tapi Aisyah tak buat hal sangat, tak ganggu..
Alhamdulilah Allah permudahkan...




p/s---tapi misi aku nak turun berat badan ni macam ke laut je... en suami mesti suka ni... hehe

Friday, July 19, 2013

GEX re-union at chemerong berembun


ni trip naik gunung pertama tahun ni..
 last trip tahun lepas.. beraya kat stong..

untuk kali yang keempat, chemerong berembun lagi... kerana kecantikannya... ingat nak gi tiap tahun kat sini lepas ni...
beg pun da bersawang.. punya lama tak menggunung...

niat kali ni nak jumpa geng geng GEX ( team gunung saya, gunung explorer) yang da lama tak jumpa,
niatnya santai santai aje,
makan memang tak ingat banyak giler...
siap pikul kambing sekor golek kat atas...
kitorang ni nyelit group yang encik suami bawak..
mulanya sikit je yang nak nyelit,
last2 yang nyelit lagi ramai dari team yg en suami bawa..
 en suami bawa group belia (pemuda PAS) wakaf bharu..

27 jun malam
kami dari Kelantan gerak dalam pukul 12 malam..
4 buah kereta semua..
pukul 4 pg sampai da resort chemerong..
menunggu kawan yang lain dari kuantan tiba..

28 Jun
dari kuantan pula tiba..
packing packing ready untuk menyemputkan diri
pukul 10 pg gerak.
group en suami da gerak dulu da sebab kitorang lambat sikit.. menunggu yang dari kuantan..
3 tahun tak jumpa Alang.. rindu gila...da jadi nurse askar da... alang mai juga, walaupun sehari sebelum  tu operate belah gusi buang gigi bongsu yang tumbuh tak betul    ... tengok pipi dia yang bengkak tu.. tapi alang memang steady!!! dari dulu lagi...

memulakan perjalanan.. awal awal senyum  sampai telinga...

lepas tu bermula sesi semput menyemput...
aku yang memang tak training ni... jangan cakap la...
pukul 2 lebih sampai kem balak..
kami bermalam kat sini..

rest kejap menanti last pacak kat belakang tu sebelum sampai kem balak...
labi labi menyambut kami di kem balak

sedikit kecewa sebab anak anak ikan sudah semakin berkurangan di sungai kem balak ni.. dulu penuh anak ikan.. letak kaki  banyak datang gigit.. siap buat SPA kaki lagi.. mungkin sebab chemerong berembun sudah makin ramai dan kerap orang naik... ikan pun melarikan diri...

lunch kami di kem balak.. budu, gulai ikan aya, ikan rebus goreng, sayur goreng...

makan petang, cheesy wedges +cekodok+ fishball
senja pula en.kambing bersiap sedia untuk di golek.. lupa nak gitau, orang yang melapah, memerap dan juga memikul en kambing ini ialah en suami... TQVM...
hampir masak... kambing ni makan dengan black pepper sauces specially made by ija, my sister, makan dengan coselow made by edot, salad made by nik... gambar takde pulak..

29 JUN,

sarapan pagi kuew teow goreng & nasi goreng
10 pg, memulakan perjalanan untuk menawan puncak berembun dan kami bermalam dekat air terjun langsir lansir...
semua da tak sabar nak mandi air terjun....
trek ok..melintasi bonsai bonsai dan menyeberangi sungai sungai yang sangat cantik,
sampai puncak berempun pukul 1 lebih
sampai air terjun lansir pukul 2 lebih
terus berlari mandi air terjun...

sebelum bertolak dari kem balak.. all GEX's member ade kecuali en. suami yang da gerak dulu dengan group dia



memulakan perjalanan 
ular PAS (kapak katanya) menyambut kami on track..

trek menyeberangi sungai sungai yang cantik
da sampai kawasan bonsai bonsai cantik... menandakan hampir sampai puncak berembun...




nek gunung kali ni paling sikit ambil gambar dua orang.. 2 keping je... semangat bergambar sudah tidak segalak zaman gila remaja dulu.. hehe.. gambar ni pun kat taman bonsai...


sampai puncak Berembun.. group en.suami bawa.. PRAC (padang rokma adventure club)

GEX.. kali ni en suami ade...

kami tinggal ni kat puncak.. harap harap tahun depan pergi ada lagi....

posing sikit.. kat puncak berembun ni...
kat puncak juga ni.. makan kuey teow goreng tapau yang pagi tadi.. makan guna chopstick buatan hutan...

perjalanan nak ke air terjun langsir.. merentasi banyak sungai yang sangat cantik..


SAMPAII!!! terus berlari turun mandi kat bawah tu...
air terjun lansir... gambar besar air terjun lansir xde ambil plak trip kali ni...
menu 2nd day
tengahari spagethi NIK masal
malam-- ayam masak merah, telur dada, daging goreng kunyit, ikan masin, tomyam sayur, nasi...
malam ni makan besar sambil dengar kat radio bola final kelantan lawan johor... dengar je pun tapi sorak gol kuat macam tengok pula...
time yang lelaki dengar bola kami pempuan duk baring atas batu tengok ribuan bintang... cantik sangattt... sampai tertido aku atas batu... ingat nak tido situ sampai pagi.. en suami mai datang kejut suh tido bawah fly... kacau betulll...

30 JUN, last day..
 awal pagi bangun, solat subuh dekat batu... best betul..
pastu ready nak tengok sun rise..
sayang xde sunrise pagi ni..
takde sunrise.. dengar ceramah ustaz pun jadi la... hehe

NIK, ALANG, PAH, EDOT, HAIDA, IYA gerak dulu..
sebab alang nak kejar bas balik KL dr kuantan..
dia kena register pukul 12 kat kem dia..
kalau lambat denda berat menanti...
tu la sape suh jadi askar..
sesi salam salam sebab taktau bila plak boleh jumpa depa ni..
hukhuk, nangis aku salam dengan edot n Alang... lama sangat da tak jumpe, jumpa kali ni plak kejap sangat...

kitorang yang lain gerak pukul 10 pg...
menu pagi nasi lemak,
on track goreng siap2 nasi goreng...


sesi memasak makan pagi...
trek hari ni ok je...
banyak landai..
destinasi terakhir
air terjun CHEMERONG..
air terjun ni tercantik kat Malaysia  tau..
penggambaran cerita merong mahawangsa ada satu scene dia buat kat sini...


view dari jauh...
kalau sebelum ni aku hanya gi   tempat paling tinggi boleh sampai kat air terjun ni,  tapi tak pernah mandi..
tapi kali ni aku mandi kat tempat paling tinggi tu.. memang ni niat aku dari awal naik gunung lagi..
memang best gila.. macam mandi bawah air hujan  .. nikmat tak terkata...

TILL WE MEET AGAIN......




Sunday, July 14, 2013

USM MQE exam for medical student from un-schedule university....


medical  qualifying exam (MQE) exam ni untuk student yang study medic kat oversea dari unrecognised universities..  mereka ni kena ambil special exam kat malaysia pula supaya boleh practise kat Malaysia pula..
sebelum ni USM,UM,UKM je yang boleh wat exam ni. tapi sekarang ni da ada 16 university .
kalau korang nak tau senarai univerity yg recognise/unrecognised di Malaysia ni boleh klik SINI..

MQE exam ni berbeza mengikut setiap tempat yang diorang ambil exam ni..
aku nak cerita yang USM style je..

yuran--
 jangan terkejut dehss... RM 21 000..antara yang termurah tau.. ada universiti lain sampai 60 ribu.. tapi katanya tahun depan naik lagi jadi 30 ribu...( aku rasa terlalu mahal la dan tidak adil untuk mereka)

bila aku tanya diorang dapat duit dari mana, diorang cakap usaha juga cari, ada yang pinjam dari saudara mara.. memang tiada scholarship..

academic schedule
duration sama dengan dengan kitorang yang remedial ni 6 bulan juga...
sebenarnya mereka yang ambil exam MQE ni akan ambil exam sekali dengan kitorang yang remedial ni..
schedule pun sama, cuma group lain lain..

ni schedule kitorang selama 6 bulan ni..

exam
exam pun sekali dengan kitorang..
exam ada 2 komponen
klinikal & theory.. must pass both component..

sharing
ussually people(medical people) akan underestimate mereka2 ini.. kataya very poor examination technic la,  macam macam lagi .. failure rate pun sangat high untuk mereka...
kita silap!! mereka ni sebenarnya ada yang sangat pandai dan hebat.. saya da berjumpa yang hebat..

p/s---- aku sangat tak setuju dengan yuran yang begitu mahal.. bagi aku tak patut...

p/s--terjumpa satu kisah ni pasal MQE exam... just sharing.. tapi aku rasa kat USM bukan macam ni ye...
copy paste je ni..

Victim of MQE
I see that you’re also studying in an unrecognised university. Let me tell you something. I studied in a very good university too but it was not recognised because there wasn’t enough ppl of a certain color! Some of my classmates and I scored very well, but when we came back, we were made to look like fools during the MQE Elective attachments. Worse still, they failed everyone (regardless if you’re good or bad) and made us wait from November to January to hear the so called ‘FAILED’ results. No matter how good / hardworking you are, chances to pass this exam is extremely NIL, unless by luck you manage to get USM as your exam center.
From the months we’ve spent wasting our time here, this is what some of my friends and other unrecognised medical graduates I heard are doing :
1) They get an agent to help them redo their final 6th year semester in a recognised university, then they come back as so called recognised graduates and manage to work with the blessings of MMC!
2) If you have lots of money, change your exam centre to USM, get some influential politician…and ahem…u know what to do! You need stronger politicians and more $$$ for UM and UKM.
3) Do locum illegally in some God forsaken place. Pay is good what..RM35/hour!
4) Some illegally change from unrecognised universities to recognised universities via Agents (especially in Kursk, RSMU, MMA, Nizhny Novgorad, Volgograd, CSMU-Although it has been derecognised, USU and other university’s in Indonesia. Agents will do magic (with the agent’s fee you pay) and ask the university to release a brand new transcript for you indicating that you studied in the recognised university from Year 1 itself…and Voila you’re considered a recognised graduate when you come home….and these are the ppl that MMC is so happy to absorb into the housemanship system!!!!!
5) Stay at home like me (if you don’t agree to all those cheating methods as I’ve mentioned above), do some other legal work and wait for the day justice is met in this country!!! (maybe you have to wait till hari kiamat!)
Let me tell you that MQE IS NOT AN EXAM! IT’S JUST A GIMMICK BY MMC TO SHUT YOU OUT OF THE SYSTEM. THE PASSING RATE IS NEARLY 0%! DON’T BE SO CONFIDENT THAT MQE IS JUST LIKE ANOTHER FINAL SEMESTER PAPER. IT IS NOT!!!!!!! MARKING IS BASED ON MANY OTHER SUBJECTIVE BIAS PARAMETERS….AND CHANCES ARE, YOU WON’T QUALIFY! THINK CAREFULLY!!!
VICTIM OF MQE!

Friday, July 12, 2013

Ramadhan dan misi besar..

ape dia misi besar aku??

sebenarnya begini..
en suami ni kuat sangat merokok,
puas da aku suruh berhenti..
puas bagi macam macam nasihat da,
selalunya dia diam takpun kalau tak tahan sangat dia cakap aku ni kuat sangat berleter...

sempena Ramadhan ni aku bagi satu option kat dia,
aku cakap kalau akhir Ramadhan ni aku berjaya turun berat badan sebanyak 10kg, dia janji kena berhenti merokok..

dengan senang hatinya dia setuju,
sebab dia tau aku takkan boleh..
aku nak cuba jugak ni..
harap harap berjaya....



Thursday, July 11, 2013

terima kasih sayang sayang semua..

terima kasih kepada semua yang  memberi kata semangat waktu keputusan exam keluar hari tu...

adik beradik, ma, kengkawan semua...

ape adik beradik, ma cakap??

"6 bulan sekejap je tu, puasa , lepas tu raya, raya haji, sedar2 da dekat hujung tahun da"

umi merangkap mak mertua...

" takpe, kejap je 6 buan tu.. Faza gi la naik gunung cuti 2 minggu ni.. release tension.. takpe anak2 umi jaga.."

woohaaaa.. nak cari mana mak mertua macam ni.. hehe

abah merangkap ayah mertua..
" lagi lama kita belajar lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita boleh practise, skill lagi bagus"

en suami,
 " kena belajar lagi rajin pasni!! jangan lawan abg sangat.. nanti hilang berkat.." hehehe

en suami bagi bunga, dia cakap penguat semangat... terima kasih ye...




kawan kawan pula.. banyak..
tapi aku nak share yang  my best friend bagi, dr Massuria...
 aku tahu indirectly dia nak cakap kat aku ni...
aku suka kata nasihat ni..



Tuesday, July 9, 2013

alang alang peram biar sampai masak.

salam semua..
setelah sekian lama menyepi...
peram bagi lama sikit.. hehe
how  my result??
semua mesti da boleh teka,
kalau lulus mesti aku da update awal2 lagi..
yup, saya gagal..
for the first time in my medical school..

seminggu lepas terjumpa seorang kawan   dia tanya,
" faza, kenapa lama tak update blog???.. masih bersedih sebab tak lulus hari tu ke.. saya pun bimbang takut awak depress"

hehe.. tak sangka  orangg baca blog saya dan concern pasal saya...
haha.. sebenarnya mood je yang xde nak update blog.. bukan depressed..

amazing... sebab saya tak terlalu sedih untuk kegagalan kali ni..
entahla kenapa..
  aku tak tipu ni..
aku ambil kurang dari 24 jam lepas result di umumkan untuk recover...

dulu setiap kali lepas solat aku mesti berdoa,
" Ya Allah, kau luluskanlah aku untuk peperiksaan Professional 3.. sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi kegagalan yang besar ini.. ianya ujian yg besar"

dan aku memang takut kalau gagal..



tapi aku gagal,

tapi aku pelik sangat, kenapa tak sedih sangat. aku rasa macam perkara kecil je..
aku cuma anggap ujian untuk aku..
aku rasa sebab aku da lalui banyak lagi ujian yang lagi berat dan besar dalam hidup..
lagi aku pelik kenapa lah aku tak rasa apa apa bila kawan -kawan yang da lulus ambik scrool waktu "white coat ceremony event"..
tahniah untuk kawan kawan semua...

betullah kata pepatah,
"kita tak tahu kita mampu lalui sesuatu ujian sehinggalah kita melaluinya sendiri"



tahun ni catat sejarah dalam medical school bila paling ramai fail.. 27 orang...
kitorang semua kena remedial selama 6 bulan..
Selepas cuti 2 minggu, 7 July start da
hujung Disember ni exam final lagi sekali...
 doakan saya..

sebenarnya saya ada banyak alasan supaya saya jangan bersedih..

1. mesti ada hikmah ni!! I  will learn more!!

2. ni baru first time gagal.. ade kawan2 yang lain tu yang gagal sekali dengan aku ni, kali kedua, kali ketiga, diorang okey je. .. kenapa aku nak sedih pula.. ade antara kawan kawan yang da lebih 7 tahun da study kat USM ni...

3.. aku takde ape2 pun nak kejar.. Alhamdulillah, family da stabil, adik beradik semua   da bekerja.. ada  antara kawan kawan aku tu harapan keluarga, harapan untuk mengubah nasib keluarga.. aku patut bersyukur... ada kawan kawan yang masih mencari jodoh, aku di usia 25 tahun da ada 2 anak.. bukankah aku jauh lagi beruntung dari mereka.. Alhamdulillah..

4. Allah nak bagi en suami jadi lawyer dulu.. Dia bagi rezeki lain dulu kat aku.. Alhamdulillah en suami da habis chambering dan akan certified jadi lawyer lepas raya ni.. majlis penganugerahan pun lepas raya ni..
sepatutnya cuti sebulan Ramadhan ni, tapi bos dia suruh kerja juga.. Alhamdulillah firm tempat dia chambering tu da offer kerja da lepas raya ni dengan gaji yang agak tinggi (tapi xdela tinggi mana pun) . kat kelantan ni selalunya habis chambering susah nak dapat kerja terus .. kira ni rezeki anak-anak.. insyaAllah tak defisit da belanja bulan2 lepas ni.. hehe. sebelum ni defisit sokmo.. tapi Alhamdulillah kami laluinya dengan bantuanNya.. selalunya pasti ada rezeki yang tidak disangka sangka datang...



 p/s---SALAM RAMADHAN