Monday, July 23, 2012

penyakit tangan kaki dan mulut..

kat nursery afia sekarang tengah merebak penyakit tangan kaki gan mulut...da 8 org da kena... dan sekarang ni nursery ditutup buat sementara waktu.. selamat aku skrg ni cuti..kalau tak taktau nak letak kat mana Afia... ni mesej yg aku terima dari pihak hospital

ALERT penyakit tangan kaki dan mulut: untuk makluman pihak tuan/puan, Taska Cahaya Mata,HUSM terpaksa ditutup selama 10 hari di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ekoran daripada berlakunya perebakan kes penyakit tangan kaki dan mulut yg melibatkan kanak-kanak di taska tersebut.tanda2 dan gejala penyakit iniadalah seperti : ruam dan blister di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di kawasan lampin., melepoh di bahagian dalam pipi/mulut, ulser dalam mulut, sesetengah boleh mengalami demam, sakit kepala,dan hilang selera makan. oleh yg demikian, pihak kami memohon kerjasama pihak tuan/puan, sekiranya anak anda mempunyai tanda2 dan gejala seperti diatas :bawa mereka dgn segera ke hospital atau klinik yg berhampiran untuk mendapatkan rawatan, hadkan pergaulan dengan membuat pengasingan diri agar ianya tidak menjangkiti kapada ahli keluarga atau rakan sebaya yg lain, elakkan dari membawa atau menghantar anak anda ke tempat yg sesak sprti skolah, tadika, nursery, taman permainan, pasar,pasaraya,atau majlis2 keraian untuk sementara sehingga mereka sembuh sepenuhnya.....



p/s-- panjang giler sms diorang hantar kan..

No comments: