Showing posts with label aisyah. Show all posts
Showing posts with label aisyah. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

thursday... YEAYYY!!!!

HARI NI DA KHAMIS!!!
maksudnya petagg ni da balik rumah suami di Tumpat setelah seminggu duk USM..
ooooooh, tak sabar nak jumpa dak ecah dengan pia...
rindu sangattt..
ayah diorang rindu jugak... hehe


gambar pagi sebelum cik suami long call

Wednesday, October 9, 2013

esok khamis!!!

mungkin ramai da irritate  sebab aku selalu cerita kesibukan aku kan..
macam la busy sangat,
orang lain pun busy jugak, lebih lagi dari kau..
da ni kau punya punya tanggungjawab, kenapa nak merungut plak..

haishh..
aku memang taknak merungut,
tapi kekadang nak merungut jugak..

hari ni da rabu,
esok khamis,
bermakna posting O&G yang sangat tense ni akan berakhir...
tatau la, posting ni stress sangat,
lecturer yang garang sangat, mudah marah,
ward round tiap pagi kena marah
exam every week...
aku dari hari ahad lagi duk mengira hari, bila la khamis nak menjelma..
aku ingat aku sorang je yang macam tu,
rupa rupanya sorang kawan aku pun macam tu..


alhamdulillah
 banyak input posting ni,
lecturer garang pun banyak mengajar...

tak sabar menuggu minggu depan, raya haji,
aku akan bercuti panjang
dari isnin sampai sabtu..

kan best kalau boleh gi holiday dengan dak ecah, pia & en suami...

lama da tak bercuti....  
 p/s-- selalunya bercuti kat sangkar en.suami je....

Tuesday, October 1, 2013

Bercanda di Pantai Irama


ini kompilasi 3 kali pergi ke pantai Irama, nun di Bachok...
1st time terkejut juga, sebab da banyak perubahan..
banyak aktiviti..
boleh naik kereta kuda, naik banana boat, jet ski pun ada,..
sebelum ni takde..
yang aku suka pantai Irama ni, kebersihan dia terjaga. jarang sangat boleh tengok sampah...
kalau pantai seri tujoh, yang dekat sangat dengan rumah en suami tu, sangat la banyak sampah..

suka sangat boleh main pasir  

ibu dan menantu serta cucu-cucunya.. hehe
 

afia je yang berani naik atas kuda ni, Aisyah awal awal lagi da nangis...





Sunday, September 29, 2013

seksanya merindu...

hari ni bermula semula aku duk hostel..
balik rumah dua hari je, weekend housewife..
ohhh, letih bangatttt rupanya...
banyak kerja..
bermesin mesin membasuh baju , menjemur, melipat, mengiron...
bermanja dengan anak anak pun tak puas..

jadila Sunday blues hari ni..
siap nangis sengsorang lagi kat hostel ni teringat anak anak..
pagi tadi pula, Afia ni nangis selak waktu hantar rumah pengasuh,
selalu tak macam tu... macam tau je mama dia nak tinggal...
hukhukhuk...

 ni gambar waktu en suami bawa dua orang ni gi ofis dia sebab pengasuh cuti.. tengok si Afia tu, main tak berhenti...

gambar ni terbalik.. maleh da nak edit.. gamba ni si ecah tertido waktu tengah duduk dalam kereta dek kerana nak main je kerjanya.. sampai tertido sambil main..

rinduuuu...

Thursday, September 26, 2013

Aisyah, Afia & bedak...

budak 2 orang ni pantang nampak bedak.
memang kena letak tempat tinggi,
terlepas pandang sikit je, habis dimain budak 2 orang ni..


dia sorok bedak kat belakang tu.. ingat orang tak tau.. da bersepah atas lantai tu... 

yeayyyy.. tepuk tangan lagi...




Sunday, May 26, 2013

buah hati saya

mood rindu anak anak & suami ni...
buah hati

demokk...

bongsu!!!



Tuesday, April 9, 2013

selamat hari lahir Aisyah &Afia

Alhamdulillah.. besar da anak anak mama..
27 mac hari tu sempat la celebrate kecik2.. goreng bihun dengan kek je...
sambut sekali birthday sepupu diorang, Aqilah yang lahir sehari lepas Afia...
Afia 26 Mac, Aisyah 23 Mac....
semoga anak anak mama membesar dengan sihat dan menjadi anak anak yang solehah...


sepupu ecah afia...



ada gaya gangster tak???

dengan Ayah










 ayahnya adela beli sikit mainan untuk diorang nih.. boleh di kira hadiah ke???
aku ada beli beg kat ecah pia..
yg ni ayah dia cakap untuk pia.. memang dia tak pandai main lagi la... " ayah ni nak suruh Pia jadi engineer ke?"


yang ni untuk ecah.. sesuai la... time entrry ni di tulis, mende ni da habis entah kemana... ada yang pecah la...

Friday, March 29, 2013

oh Aisyah!!

tengok ape si ecah da buat..



saja nak upload gambar si rambut kerinting Ecah hari ni...





Wednesday, March 20, 2013

kisah suami isteri...

salam..
aku akui hidup rumah tangga ni tak lari dari bergaduh..
aku boleh cakap selama berumah tangga ni, selalu sangat aku dengan suami ni bergaduh.. ( atas katil pun gaduh... hehe)..
kadang kadang sebab menda kecik je.
aku ni pula memang kuat merajuk...

betul la Allah buat talak ni ditangan suami,
kalau ditangan isteri, talak 100 pun tak cukup kot..
perempuan ni tak fikir panjang..
emosi je yang lebih, fikiran waras kurang..

aku boleh gaduh dengan dia sebab dia tak beli barang yang aku nak time dia gi KL hari tu..
pastu dia tipu sikit..
hehe
menda kecik je pun..

boleh aku gi lari bilik kawan 2 malam.
tahan je la rindu kat Aisyah & Afia..
aku tak kisah sangat pasal diorang terabai,
i know my husband expert dalam hal anak2 ni...

aku tepon suami tanya tengah watpe
buat susu anak, mandikan anak, basuh berak anak, hantar Afia gi nursery, amik Afia gi nursery

last2 aku balik sebab rindu dekat anak..

Aisyah sambut aku depan pintu,
dia nampak aku, terus lari..
merajuk..
ikut perangai mak dia jugak, kuat merajuk..

dia nampak suami, terus jerit
"AYAH!!"
lari terus salam, siap cium bunyi2 (muah, muah) lagik

jealous okey!!

aku masuk bilik,
en suami da siap lipat baju anak anak,
basuh baju...
TQVM abang...

Thursday, March 14, 2013

rindu mama..

semalam aku plan nak tido USM je.
sebab awal pagi ni kena gi HKB .. boleh nek bus USM je..
susah sebab takde kereta, suami pergi ke Kuala Lumpur..

kebetulan aku on call USM malam tadi..
tapi, dalam pukul 9 malam pengasuh telefon cakap Afia mengamuk..
baru ingat taknak ambik Afia malam ni..

last2 aku pinjam kereta kawan, ambik Afia, terus balik Tumpat..
sampai rumah Aisyah berlari sambut aku depan pintu..

maklong ( kakak suami ) dia cakap,
dari petang lagi Aisyah duk ulang alik tengok kat luar pintu,
sambil cakap
"rindu mama"

alahai, sedih mama dengar..
sebab pun Afia mengamuk,
sebelum ni tak pernah dia mengamuk kat nursery baru tu...

Monday, February 25, 2013

the disaster...

aku da lama tak keluar dengan suami & anak2..
teringin plak.. aku ajak la en suami keluar makan malam dengan anak2 sekali.
destinasi chim chum..
tak sabar rasanya nak gi..
sebab lama da tak keluar satu family..
aku siap berangan,mesti seronok,nak ambil gambar bebanyak...

malam tadi kami sekeluarga pergi la ke chim chum..
aku tertinggal telefon...
jadi tiada gambar.. hehehe

keadaan masih okey mulanya..
Aisyah Afia duduk kat baby chair dengan sungguh baik..
time ni aku bangga giler,
siap cakap,
"bagus anak2 mama,dua dua da besar, perangai pun baik..."

 aku gi ambik makanan..
ambik nasi goreng,,
Aisyah makan sendiri...
Afia aku suap..
sambil suap,mulut Afia duk bunyi
"dap, dap,dap" ( sedap maksudnya)
Aisyah pun menyampuk
" sedap adik"

dalam hati aku berbunga riang, anak2 aku nampaknya tak buat hal malam ni..

encik suami duk sibuk membakar dan merebus bahan bahan steamboat..

baru je kitorang nak makan,

mulalah aksi Aisyah& Afia...
diorang cuma baik untuk the first 10 minutes...
1st class ragam diorang..
Afia ambil pinggan nasi goreng, baling ke lantai..
penuh nasi kat lantai
sudu,garfu , pinggan semua dia baling sambil gelak terbahak bahak..
waiter da tengok kitorang lain macam da..

Aisyah mintak Air,
bagi air, dia cuah semua atas meja,
habis basah,
pastu dia mengamuk nak duk temnpat api steamboat,
nak buat kerja juga

Afia tengok Aisyah gi situ, dia nak gi situ jugak...
dua dua duk menjerit kat situ, semua orang tengok..

en suami dah mula serabut
last word
"jom balik"

dan inilah sesi aku yang paling singkat di chim chum..
tak sampai setengah jam..
selalunya lebih dua jam...

Sunday, February 24, 2013

Ragam Aisyah

Aisyah sekarang banyak sangat ragamnya..
nakal sangat...
 suatu malam tu,dia main bedak..
dia pantang jumpa bedak, habis di sapu kat satu badan dia...
 malam tu, dia pakai kat muka dia, macam hantu da muka,
lepas tu dia gi sergah adik dia.
terkejut Afia, menangis sakan...

kerinting rambut Aisyah makin hari makin nazak.. taktau da nak wat camne..macam2 minyak rambut da guna..




Wednesday, December 5, 2012

hadiah dari seorang suami&ayah yang penyayang...

SALAM SEMUA..
lama aku mendiamkan diri..
bertapa... hehe..

tajuk nak gempak...
tak gempak pun sebenaunye....
minggu lepas encik suami g nek gunung kat Cameron Highland..
aku pesan ke dia suh beli la ape2hadiah ke anak2 dengan isteri ni..
en suami ni jenisnye kalo tak pesan memang takkan beli..
sama macam kalo mengharapkan sesuatu, kena gtau..
jangan harapla tetiba die nak bagi surprise...
kat sana pun aku mesej dia ingatkan lagi..
dia tanya, sayang nak apa??
aku cakap ikut la..
saje nak tengok dia beli apa...

mai tengok dia beli apa..
hehehe...

Untuk Aisyah dan Afia
2 ekor monyet yang boleh disangkut di leher,
ada bunyi lagi...

yang Afia punya siap bawak gi nursery, harap boleh wat hilang nangis nye...
hmmm.. tak hilang pun.. sama je..







untuk MAMA nya plak,
bantal peluk..
haisshhhhhhh..
ingatkan bunga, kat Cameron kan banyak bunga...
kecik plak tu,
kalo besar boleh gak aku wat peluk malam malam..
tu la, lain kali bagitahu nak ape....
apepun , TQVM encik suami...

nampak macam besauuu...


besau untuk Ecah la....

cakkk.. saye dapat bantal peluk....

Tuesday, November 20, 2012

Kisah Aisyah

Assalamualaikum...
ape la mak dia.. anak sakit, boleh lagi senyum lebar...

waktu ni Aisyah 6 bulan, kena admit hospital sebab infection kat paru-paru
Aisyah ni waktu kecik sampai umur 8 bulan sangat kuat menangis.. sehebat hebat Afia, dia hebat lagi... kawan2 aku pun cakap gitu... sebab diorang dulu pun ade jugak aku mintak tolong jaga Aisyah kalau aku Oncall.. diorang mesti kol punya sebab xdapat nak handle.. kalau Afia diorang boleh handle lagi..

da 15 belas orang bomoh tau jumpa.. macam2 da citer dengar.. gangguan la, ade orang hantar la.. berapa banyak airmata aku, suami, ma da keluar kerana tak tau nak buat macamane.. dia menangis sampai selak, non stop, sepanjang malam... suami sampai accident kereta pagi on the way nak g praktikal( dia praktikal time tu) dek kerana mengantuk jaga Aisyah malam.. sampai masuk paper kisah dia accident tu.. kereta hancur.. tak dapat di selamatkan terus..

 Alhamdulillah Aisya sekarang da ok..

macam2 orang buat nak bagi dia tak nangis...  aku nak share sikit..

hehe.. jangan terkejut.. staff nurse usaha nak bagi dia tak nangis, siap tolong buat buai kat katil dia.. xpernah berlaku lagi dalam wad sebelum ni.. pastu sister wad ni siap buat surat bagi kebemnaran bawak buai.. hehe, buai adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam wad...

sian kawan aku.. Atun ni.. punya usaha.. aku on call time ni.... dia tolong jaga jap... buai Aisyah guna tangan... dasyat kan Aisyah??

kalau Aisyah baca ni, sila berterima kasih dekat Auntie Atun k..