Showing posts with label perkongsian bersama. Show all posts
Showing posts with label perkongsian bersama. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

salam maal hijrah 1435....

terasa baru je aku menulis entry tentang azam tahun baru aku untuk Maal Hijrah yang lepas... sungguh cepat masa berlalu.. selamat meyambut tahun baru Islam buat semua...

bercerita tentang azam tahun baru yang mana azam tahun lepas pun banyak yang tak tercapai.. 
aku selalu baca status di wall facebook EBIT LEW.. dia selalu berkongsi nasihat dan kisah kisah berguna.. ini antara pesanannya tentang tahun baru ini...aku sangat terkesan..

marilah kita bersama sama berazam yang mana selari dengan keredhoan Allah.. sebab kehidupan kita ini yang sebenarnya hanyalah mencari keredhoanNya.. biarlah setiap azam itu membawa kita lebih dekat kepadaNya atau membuka jalan kepadaNya...

saya di Universiti ramai kawan-kawan yang ajak berniaga suka bertanya kereta apa kau nak pakai? Rumah apa yang kau nak? Negara mana kau nak pergi? Siapa kau nak kahwin? 
Setiap kali tahun baru hijrah ini ramai juga tanya apa yang saya nak lagi dalam hidup ini. Semua itu baik. Kita sentiasa ada keinginan. Tiada yang boleh beri apa yang kita inginkan melainkan Allah.
Tapi marilah kita kata, Ya Allah terima kasih atas segala kebaikanMu kepadaku selama ini. Tidak berhenti dan tidak pernah putus.

Orang beriman sentiasa bertanya apa yang saya mahu dalam hidup ini hanyalah Redha Allah. Bila kita dapat redha Allah kita dapat segala-galanya.

Di kalangan sahabat mereka ada keinginan tetapi keinginan mereka paling utama ialah redha Allah dan membawa umat kepada jalan Nabi saw. Di antara mereka ada yang keinginan mereka dikebumikan bersama mereka demi untuk menghidupkan Islam.

Kerana itu di akhirat mereka disambut dengan ucapan salam dari seisi penghuni langit dengan sambutan dan aluan-aluan. Salam sejahtera ke atas kamu kerana berkat kesabaranMu.

Kata syeikh Yusuf Rah..Bila kita susah dan sedih, Allah nak dengar apa kita minta. ....Kata Mufti Zainal Abidin rah jika kita inginkan sesuatu ketika berjuang di jalan Allah. Kita ambil pen dan tulis apa kita nak. Kemudian tumpukan pada kerja agama.

Allah akan beri segera balasan di dunia. Tapi sahabat akan habiskan segalanya lagi untuk agama yakni nikmat yang mereka peroleh kerana mereka inginkan balasan di akhirat dan hanya inginkan Redha Allah dan ingin melihat syurga.

Ya Allah terimalah kami semua semakin tunduk dan menangis di depanMu.

Umar ra menangis bila baca ayat maksudnya, belum tibakah masanya untuk hati kenal dan tunduk kepada Allah....-ebit lew





Tuesday, October 29, 2013

bicara tentang rezeki...

aku nak cerita kisah aku.. sekadar berkongsi..


secara jujur, aku kahwin ketika aku masih belajar, en suami pun masih belajar. tiada pendapatan tetap. bila ingat balik, dah hampir 4 tahun kami lalui situasi ini. ya, masalah kewangan. yang tak pernah berakhir. bila di ingat kembali, ia satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan dan suatu pengajaran secara tidak formal dalam mematangkan aku. ianya sangat berharga.

antara pengajaran yang aku dapat adalah nikmat Allah ni terlalu besar. rezeki itu bukanlah duit semata mata. apabila kita sentiasa bersyukur, susah macamana pun situasi tu, kita seolah olah tidak terbeban dengan masalah itu. secara jujur kekadang dulu pernah aku langsung kering duit sampai tiga empat hari. bila hujung bulan, mula da berfikir nak bayar nursery anak lagi, loan kereta lagi, susu pampers anak anak lagi.  Alhamdulillah setelah melalui masalah ini berkali kali seolah olah ini bukan lagi masalah. apa yang aku ingat, Allah ada dekat dengan kita. Dia akan bantu kita. aku hanya berdoa dan yakin serta usaha.

tak pernah lagi anak anak aku putus susu, putus pampers, tak pernah lagi berlapar. setiap kali aku betul betul buntu, mesti Dia datang bantu. ni berlaku berkali kali. Contoh tiba tiba en suami dapat part time tourist guide time dia masih study hari tu. time dia study dulu, dia ni berkawan dengan polis polis yang berumur, yang sambung degree law kat UIA. bila da tua ni kan, da ada pendapatan tetap pula. en suami la yang jadi tukang buat assigment diorang, ajar diorag sikit sikit. en suami tak minta, tapi diorang mesti bayar, banyak juga diorag bayar. bab makan, tak yah fikir langsung, takde duit seminggu pun takde masalah. diorang ni belanja tiap hari!.. sampai hari ni kan, hubungan en suami dengan polis polis ni masih rapat, ada antara polis da jadi bos besar dalam PDRM. bila diorang datang kelantan, masih lagi datang rumah, jumpa en suami. bukan seorang tapi ramai juga.

 Time dia Chambering hari tu, banyak juga dia dapat kes yag kekadang memang tak di sangka sangka. berkali kali!.. kekadang dia gi court untuk urus kes bos dia, dia dapat kes. pernah sekali tu, memang poket kami kosong langsung. dia pergi ke mahkamah Tumpat sebab nak urus kes bos dia. tanpa disangka dia dapat kes baru, dan dia dapat terus cash RM800. yang hairan ramai ramai lawyer kat mahkamah tu, client tu boleh jumpa en suami yang ketika itu tak official pun lagi jadi lawyer. inilah rezeki Allah. banyak juga kes lain yang en suami dapat. ada yang dia dapat legal fee dia belasan ribu, tapi en suami dapat komisyen je la sebab buat masuk kes untuk firm. tapi rezeki juga kan. Alhamdulillah.

aku tak pernah lupa jasa keluarga yang sentiasa ada setiap kali aku memerlukan. memang tak terbalas jasa mereka semua. ma, ayoh, adik beradik.

betul  rezeki itu bukan duit semata mata. 
aku ada ramai kawan kawan yang  sangat la baik yang sentiasa membantu aku dalam belajar, tolong jaga anak anak. ini juga rezeki

ma aku duduk dekat dengan aku, aku  kekadang bila perlukan bantuan untuk jaga anak  anak senang minta tolong ma. ramai lagi orang yang duduk berjauhan dengan ibu bapa mereka. nak balik jumpa pun jarang jarang, kerana kesibukan kerja. ini juga rezeki untuk aku kan.

suami duduk dekat dengan aku. semua pasangan yang sudah berkahwin mengharapkan boleh duduk bersama dengan suami. sekarang ni ramai orang yang walaupun keduanya sudah berkerja masih duduk berasingan. ada terpisah semenanjung dengan sabah sarawak kerana tuntutan kerja. ini juga rezeki untuk aku kan.

seawal umur 25 aku da ada 2 orang anak. harta yang sangat lah bernilai. ramai lagi sahabat diluar sana yang seumur dengan aku masih bergelut mencari jodoh. ini juga rezeki. Alhamdulillah.

walaupun kekadang kekeringan duit, rezeki lain melimpah ruah masuk. pokok keliling rumah en suami, dokong, duku, mata kucing, jambu batu, jambu air, mempelam, kuini, sukun, chempedak, nangka, pokok lada, sayur sayur semua nya berbuah dengan sangat lah lebatnya. aku sendiri hairan tengok, teramat lebat. setiap orang yang datang mesti tegur sebab buah penuh pokok. hari tu en suami panjat pokok dokong, baru satu pokok je, dapat dekat 30kg buah, tu pun tak kutip habis  lagi sebab banyak lagi yang belum masak. kekadang buah kat rumah tu   buruk macam tu sebab terlalu banyak tak terhabis makan. pokok kelapa pun lebat sangat sampai  tok peraih mari beli untuk jual semula kat kedai kedai.

bila hujung minggu, aku atau en suami gi ke tepi tepi laut, kutip tiram , lala. banyak juga dapat selalunya. ini juga rezeki. en suami dengan hobi memancingnya banyak juga hasilnya. kekadang dapat sebaldi, sampai tak habis makan buat ikan masin pula. kekadang berminggu tak perlu beli ikan pun. ikan yang dapat pula, ikan yang sedap juga, ikan  merah, ikan kerapu, siakap, ikan talam, selar kuning, kembung, airback, sembilang, haruan, toman, banyak lagi la. yang kalau beli banyak juga RMnya.  

kekadang walau tiada duit, makanan di rumah tu masih lagi mewah tanpa perlu keluar belanja pun.

ALHAMDULILLAH, rezeki itu bukanlah wang semata mata.

pengalaman juga mengajar aku untuk lebih bersyukur. en suami banyak mengajar aku. dia selalu pesan, tolong orang  susah selagi boleh, kalau ada duit sikit sedekah sikit kat orang lain. biarla kita punya belanja pun cukup cukup. Allah akan balas semula, kalau tak kat dunia, Allah balas kat akhirat nanti. dan balasannya bukan lah duit semata mata. hati yang tenang itu juga rezeki.




Tuesday, September 24, 2013

bukan ujian kita #2

selamat pagi semua..
aku nak kongsi sikit kisah  pesakit yang aku sempat jumpa..
sebenarnya banyak kisah kisah yang boleh dijadikan pengajaran ataupun iktibar untuk kita semua..
di saat kita merasakan kita melalui ujan yang sangat besar, sebenarnya ramai lagi orang lain yang melalui ujian yang jauh lagi besar dari kita...

seorang anak kecil yang mempunyai masalah jantung sejak dari lahir,
aku sempat melihat dia waktu dia baru lahir, waktu itu dia di tahan di wad ICU bayi..
lama dia duduk di situ,
keadaan dia juga agak tenat..

tidak sangka selepas 7 bulan aku terjumpa lagi adik ini di wad paediatric ketika aku posting paed beberapa minggu lepas..
aku terus tegur ibunya..
bertanyakan kenapa masuk wad..

rupanya masalah jantungnya sejak dari lahir lagi belum selesai,
memerlukan pembedahan di IJN..
kali ni masuk wad sebab jangkitan kuman dalam paru paru..
kata ibunya kerana baru pulang dari KL untuk membuat pembedahan jantung anak ini di IJN..
tetapi di batalkan kerana keadaan adik  ini yang masih belum stabil..
katanya setiap kali pulang dari KL mesti anaknya akan masuk wad kerana jangkitan paru paru..
aku bertanya banyak kali da ke pergi ke IJN?

jawapannya sudah 3 kali, dan setiap kali pergi,setiap kali itu jugalah pembedahan di batalkan..
rupa rupanya ibu ini pergi dengan menaiki bas setiap  kali ke IJN kerana tiada kenderaan dan juga kekangan kewangan..
terbayang di kepalaku,
ibu yang sudah berumur ini,
mendukung anak yang sakit dari kelantan ke kuala lumpur,
selepas itu meneruskan lagi ke perjalanan IJN (mungkin naik teksi),
orang kampung yang pastinya kurang arif dengan kotaraya besar itu,
membawa beg lagi,
dan pulang semula ke kelantan, juga menaiki bas...
dan setiap kali pulang pasti anaknya di tahan wad akibat jangkitan paru paru.
perjalanan yang jauh dan menempuh tempat yang ramai orang sudah semestinya mudah untuk anak ini mendapat jangkitan..

dan sekali lagi aku tak boleh bantu apa apa pun,
cuma mendoakan semoga urusan pembedahan jantung adik ini di permudah dan di percepatkan,
tak perlu lagi ibu ini berulang alik selepas ini,


p/s-- selalunya kalau aku sedih sangat aku gi tandas dekat wad tu  gi nangis kejap.. haha

Wednesday, June 5, 2013

amalan malam 27 Rejab...

ini copy paste..

Pejam cilik Pejam cilik,
kita pon dah menghampiri penghujung Rejab dan bakal menganti Syabaan..

Memandang esok,
merupakan 27 REJAB, Terlintas di fikiran saya untuk berkongsi sedikit sebanyak peristiwa serta amalan-amalan yang pernah serta perlu kita ketahui dan diamal bersama..

InsyaAllah,
dengan perkongsian saya dari saudara umat islam kita sendiri, 
dapatlah kita bersama-sama untuk mengetahui kembali atau lebih tepat lagi "Flashback" peristiwa-peristiwa penting ini yang mungkin kita lupa dek peredaran arus permodenan di negara kita sendiri..

Selamat beramal ~~~

*********************************************************************************

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj

Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
 Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalamkelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”

Peristiwa Penting

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

 Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)

Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj


Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalami pembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”

Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda.”

 Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

 Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

Tuesday, April 23, 2013

bukan ujian kita...

sudah lama entry ni terperuk..
hari ni baru ada masa nak update kisah ni..
aku nak kongsi kisah seorang pesakit kanser tulang waktu aku posting peadiatric yang lepas..
lupa nak gitau, aku da masuk posting surgery da..
last posting before final exam...

aku rasa ujian ni macam terlalu berat untuk mereka sekeluarga..

aku bagi nama adik A..

adik A duduk kat Raub, Pahang
dapat kanser tulang dari umur 5 tahun, sekarang umur da 12 tahun..
semua rawatan kat HUSM kubang kerian, kelantan sebab HUSM adalah tempat terbaik untuk pakar tulang... jauh kan...
ulang alik mari kelantan naik bas..
kakinya sebelah da dipotong beberapa tahun yang lepas...
rumah jauh di pedalaman..
ayahnya bekerja menoreh getah, tiada kereta sendiri..

mari kita sama sama hayati perjalanan pergi dan balik siap kali nak datang USM yang boleh dikatakan setiap bulan.


ayahnya akan hantar dia dan ibunya ke stesen bas Raub dengan meminta pertolongan jiran yang ada kereta..
dia dan ibunya akan menaiki bas dari Raub ke Kelantan, (ingat, kakinya sudah di potong sebelah),
sampai kelantan, mereka menaiki teksi ke HUSM,
selesai rawatan beberapa hari,
mereka balik semula ke Raub,
dari HUSM menaiki teksi ke Stesen bas..
dari Kota Bharu ke Raub menaiki bas,
sampai awal pagi di tepi jalan menunggu ayah mereka menjemput mereka dengan meminjam kereta jiran  berdekatan..
lebih kurang sejam perjalanan barulah mereka sampai ke rumah mereka yang jauh di pedalaman...

inilah yang mereka lalui setiap kali untuk datang ke HUSM.. tidak dapat aku bayangkan bagaimana adik ini melalui semua ini dengan kepayahan untuk bergerak kerana kakinya sudah di potong sebelah..

Sesungguhnya bila kita merasakan masalah kita terlalu berat, ingatlah bahawa orang lain melalui ujian yang jauh lebih berat.

Monday, March 4, 2013

mimpi ikan

semenjak dua minggu ni aku kerap mimpi ikan..
mimpi memancing dapat ikan banyak sangat, besar besar..
kadang kadang boleh tangkap guna tangan je.
ada ikan yang cantik sangat la..
ada aku makan terus ikan tu..
ada ikan kecik ada ikan besar...



sebab curious sangat..
aku search kat google,
korang pilih la kat SINI
kebanyakannya cakap akan dapat rezeki, kekayaan ataupun berkaitan kematian orang terdekat...


Bermimpi mendapatkan ikan mas hitam. Artinya, akan mendapatkan rejeki dalam waktu dekat.
Bermimpi mendapatkan ikan mas merah. Artinya, akan ditimpa kesialan.
Bermimpi menangkap ikan. Artinya, akan memperoleh uang, tetapi cepat habis.
Bermimpi menangkap ikan dari air jernih. Artinya, usaha akan berhasil.
Bermimpi menangkap ikan mas. Artinya, nasib mujur menyertai kita.
Bermimpi melihat ikan mas. Artinya, akan muncul pengantin yang kaya.
Bermimpi makan ikan. Artinya, akan memperoleh uang yang halal.
Bermimpi makan pepes ikan mas. Artinya, akan memperoleh uang yang banyak.
Bermimpi memancing ikan. Artinya, akan mendapatkan rejeki.
Bermimpi melihat seekor ikan, terlebih lagi ikan duyung, sedang terapung di lautan. Artinya, akan sukses dalam perkawinan atau percintaan.
Bermimpi melihat orang menangkap ikan. Artinya, akan memperoleh keseimbangan batin.
Bermimpi melihat ikan paus. Artinya, kita mengkhawatirkan suatu masalah. Bisa juga sahabat dekat kita akan pergi.
Bermimpi melihat ikan besar. Artinya, ada peningkatan keuangan.
Bermimpi melihat ikan kecil. Artinya, hati akan kecewa.
Bermimpi melihat sumur ada ikannya. Artinya, akan mendapatkan kebaikan.
Bermimpi melihat ikan sedang berenang. Artinya, akan mendapatkan rejeki.
Bermimpi melihat ikan bisa terbang. Artinya, pekerjaan mengalami sedikit kemunduran.
Bermimpi melihat ikan yang sudah kering hidup kembali. Artinya, pekerjaan atau usaha yang sebelumnya kurang menghasilkan, kelak akan maju pesat.

ni mengikut perspektif Islam

Mimpi ikan yang agak besar dan biasa ditangkap.maka ia menunjukkan rezeki dan kekayaan.tetapi mimpi ikan kecil-kecil ia menunjukkan musuh dan kerugian.
oleh itu mimpi dapat menangkap ikan-ikan yang agak besar adalah kebaikan,keberkatan dan kenikmatan dari Allah.Ikan juga melambangkan kalimah toyyibah,ietri yang solehah dan banyak memberi manfaat:

Firman Allah swt:
An-Nahl:14:
Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur.

untuk menenangkan fikiran aku, sebab terlalu kerap mimpi ikan ni, aku just fikir,

  1. mainan tidur je 
  2. just sekadar penguat semangat aku/hiburan semata.... Tuhan sahaja menghantar berita gembira, yang mungkin lambat lagi, yang penting aku kena terus berusaha dalam study dan juga hidup.. happy ending will wait for me soon...  never give up!!
  3. peringatan kepada kematian.. ni yang aku bimbang.. aku da siap bagi wasiat kat en suami lagi.. hehe

Saturday, December 8, 2012

teenage pregnancy


semalam aku join ward round maternal Ward..
ade seorang patient datang dengan masalah morning sickness waktu mengandung..
cuba teka umur berapa??
15 years old..
mudanya..
da mengandung 4 bulan..
belum berkahwin...
any komen???

kawan aku cakap, dia da jumpa 2 orang patient,
dekat HUSM juga prengant di usia awal..
cuba korag teka umur berapa???
11 tahun..
dua dua kes 11 tahun..
macam diorang bersalin adik diorang la plak..


ketiga-tiga kes ni adalah orang Melayu, belum berkahwin...
kawan aku cakap, diorang buat hubungan sama suka, tiada paksaan...
aku tak boleh bayang,
budak umur 11 tahun, darjah 5 da pandai buat hubungan seks..
aku rasa aku dulu time ni tak matang lagi..
dok main pondok2 lagi, tak pernah kenal seks pun lagi..

ada sesuatu yg tak betul disini...
yang aku pun "xberani/xpandai" nak komen lebih-lebih...

p/s--- at least mereka tak gugurkan kandungan mereka...

Wednesday, November 21, 2012

SEMINAR KEIBUBAPAAN....

SOUND OLD & BORED.. HAHA
yakkk.. aku gi seminar keibubapaan..
macam tak percaya..
aku tengok suma yg datang da berumur.. aku sorang je yg nampak macam xsesuai berada disitu.
da la sengsorang je gi...
kena terima kenyataan yg aku da tua, da ada 2 orang anak..

Al-kisah pagi semalam, kat nursery Afia, ade sorang sister datang gtau ada sseminar keibubapaan petang ni ( petang semalam). semua di jemput hadir.. dia gtau la nama ahli panel... sorang pakar paediatric ( aku pernah exam dengan dia), sorang dietition, sorang lagi ustaz..
tajuk seminar
MENDIDIK ANAK-ANAK SECARA HOLISTIK

memang best seminar ni.. dari pukul 2 sampai 5 petang.
terasa kejap je..
pelbagai aspek dalam mendidik anak anak di kupas oleh ahli panel..
at the end ada pulak sesi soal jawab..
aku nak share sikit ape input yang aku dapat semalam..
aku xdapat nak fokus sangat sebab akak( or makcik) sebelah aku dok sibuk ajak aku berborak.. taknak layan kang, sian ke dia.. nak tegur takut dia cakap kurang hajar...

Dr paed (pakar kanak-kanak)
DR ni alim...
dia ingat aku lagi, dia sempat senyum ke aku waktu die duk kat atas stage.. heheh mesti dia ingat aku yg teruk yg exam dengan dia dulu.. time kasih sebab luluskan saya PROF.
ya PROF..
anak die yg darjah 6 da hafal satu Al-Quran
yg darjah 4, da hafal separuh..

dia cakap, 65% nak bina sikap/ajar anak2 adalah waktu diorang umur 6 tahun kebawah..

anak2 boleh kenal baik dan buruk start diorang umur 7 tahun.. so kalau anak buat salah sebelum tu, xleh nak marah2 sangat.. dia tak tahu menda tu elok ke tak.. kita kena tegur...

 kurangkan anak kecil dengan TV /tablet/games sebab kajian mendapati sinaran yg mereka lihat itu belum sesuai dengan umur kereka, dan antara punca kanak-kanak menjadi hyperactive, autism..

dia banyak terang pasal medikal..

ustaz..plak, kelakar..
antara pesan dia

nak dapat anak yg soleh bermula dari memilih pasangan lagi..
pilihlah yg beragama
tengok perangai adik-beradik bakal isteri, kerana ada hadis mengatakan anak2 kita akan mengikut perangai adik beradik isteri kita..

sentiasa ajar anak kalimah LAILAHAILLALLAH..

ajar mengenai halal haram kepada anak semenjak kecik, supaya mereka sudah terbiasa

suruh anak2 mula solat umur 7 tahun, pukul mereka apabila mereka tidak solat bila mereka berumur 10 tahun.. pukul mestilah yg tidak mencederakan.

ajar anak mencintai rasullullah.contohnya cerita mengenai sejarah nabi, kalau nak ulit tido sentiasa ulitkan dengan selawat

apabila anak berumur 10 tahun pisahkan tempat tidur anak laki2 dan perempuan

JANGAN SESEKALI MENIPU ANAK. kalau kita menipu semestinya anak kita akan jadi penipu...

nak baca secara lengkap tentang cara mendidik anak, dia suruh beli buku
TARBIATUL AULA...

OK..  tamat da kisah yg bosan...

P/s-- akak sebelah aku tu nak promote HERBALIFE rupanya... die approach sikit sikit...



Tuesday, November 20, 2012

PALESTINE.. kita juga ada senjata...


Alhamdulillah....
kalau ade yg mengikuti perkembangan Palestine,
anda mesti tau, angkata tentera mereka bukanlah calang2... Hebat!!!
bukan yang bertempur ala ala gerila je..
yang lebih menggembirakan, kerajaan Mesir dan Turki sudah bertindak!!! ( mananti bila Malaysia akan bertindak berani begini)
Hampir 600 pemuda Mesir sukarela memasuki siang tadi selepas pintu sempadan rafah dibuka dan bantuan disalurkan tanpa memerlukan Passport...
 Presiden Mesir Mohammed Morsi berkata, usaha untuk gencatan senjata sedang dilakukan, diketuai Mesir dan Turki. Morsi berharap gencatan senjata dapat dilakukan. Namun 30 000 tentera disiapkan untuk menghadapi serangan israel jika mereka enggan. 
tanda Islam akan bangkit....


Khabar gembira buat ummat Islam di seluruh dunia, buat kali pertama kapal perang Israel berjaya di tembak oleh Brigade Izzuddin Al-Qassam, pasukan ketenteraan
Hamas berhasil menembak pagi ini Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di kawasan berhampiran pantai Gaza dengan lima roket 107. Maklumat ini di maklumkan oleh pejuang Al-Qassam yang menyatakan bahwa pagi ini mereka melepaskan lima roket 107 ke arah kapal perang Israel, susulan dari itu media Israel menegaskan bahwa lima roket darat laut dilepaskan ke pantai Gaza. Namun mereka belum memaklumkan berapa jumlah dari tentera mereka yg terkorban atau luka di kalangan pasukan laut Israel.Mereka sedang menggali kubur besar untuk tentera Israel kali ini, yang pasti Mesir dan Turki sudah bersedia utk menyertai peperangan ini.. doakan kemenangan Islam yg sedang menghampiri..

-Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani -
.

Helikopter Apache Israel juga ditumpaskan oleh roket Al Qassam Allahu Akbar!

Pesawat tempur yang berjaya ditembak jatuh oleh Briged Al Qassam Allahu Akbar!

Kapal perang Israel juga dibedil oleh roket Al Qassam Allahu Akbar!

apa tindakan Rakyat Malaysia..
samalam aku dengar siaran radio dalam kereta on the way ke USM, dari Viva Palestine Malaysia..
mereka cakap, rakyat Palestine sangat suka dan menyayangi rakyat Malaysia..
tiap kali mereka pergi misi kesana, rakyat Palestine akan mengurumuni mereka, peluk mereka..
mereka rasa macam ahli keluarga plak...
tak berhenti ucapan terima aksi dari rakyat Palestine..
sebak aku dengar time..
orang citer tu pun sebak...
diorang cakap mereka tengah bina sekolah kat Palestine, 75% da nak siap menelan bajet 1 juta lebih,
dan mereka harap tidak di bom oleh Israel..
kalau di bom pun diorang cakap, diorang tak gusar, diorang akan bina semula...

Kita juga ada senjata..
senjata terhebat..
DOA, DOA , DOA...
tiap kali lepas solat 5 waktu, jangan lupa ek.. sikit je, kejap je...

ISU BOIKOT??
bagi aku, apa yg kita mampu boikot, boikot la....
yang da terang orang duk suruh boikot, boikot la, kalo xnak boikot jangan berlawan hujah dengan mereka....
ni ada yg jawab, kalo nak boikot,boikot la suma, microsoft??  bukan setakat McD je..


ini baru lagi, yg mcD edar burger free...

Tuesday, October 30, 2012

posting accident and emergency...

baru je habis  marathon 3 lecture tadi... dari pukul 8 ward round, terus sambung lecture sampai pukul 12.. aku semestinya antara yang terawal tersungkur di medan perang.. haha..  awal2 lagi da tersengguk- sengguk...xterkira berapa kali da kawan sebelah kejut... letih+ngantuk giler.. malam tadi habis on call pukul 2pg.. pagi tadi puku 6 da bangun.. kena tolak awal. kalau tak, jem menanti, terutama kat Jambatan. bila la nak siap jambatan baru tu.. da lebih lima tahun kot... penderaan mental untuk rakyat Kelantan kot.. tapi last2 hampir semua aku tengok ngantuk, ramai tido.. rugi tak amik gambar tadi...

minggu ni da Last week posting A&E.. 3 minggu jer.. kejap sangat.. after almost 3 weeks, aku rasa aku da jatuh cinta kat A&E specialty.. thought to continue my master study in this specialty, in HUSM.
kenapa HUSM?? aku suka la suma lecturers kat A&E HUSM ni.. baik2 suma.. kenapa A&E?? i found that this is the specialty that suitable to me who really like outdoor. before this aku betul2 berminat dengan O&G sebab aku suka tengok ragam kat labour room, sonok tiap kali dengar baby yg kuar nangis first time.. tapi ni da tukar da.. tak tau la kalau ada posting lain pasni, aku minat yg lain plak..

start with the lecturer..semua friendly.. only one women lecturer, other are gentleman.. hehe.. maybe this specialty not suitable for women because it need lots of commitment, need to sacrifices lots of time.. sorang specialist pun ada cakap ramai yg pompuan buat master A&E stop tengah jalan, sebab xleh nak bahagi masa.

2nd, also about the lecturer.. all look very young.. tak padan dengan umur.. head department, almost 60 umur dia, nampak macam baru 50 tahun je..stamina, macam org muda.. actively involve in ward raound, teaching, & on call. ce tengok sedara mara o mak ayah korang yg umur 60 wak gapo lo ni.. happily retired at home maybe..  all lecturer la nampak macam baru umur late 30. yg sorang lecturer pompuan tu nampak macam late 20 baru, macam xkawin lagi.. tapi dia sangat active, tengok kasut nike yg dia pakai slalu time kerja tu pun da tau dia mesti suka outdoor.  suma lecturer ni at least, grade UD 54.. people in medical field masti tau based on that grade, how old they are..
dorang suma nampak muda, mungkin sebab diorang punya active lifestyle.. kebanyakan lecturer suka outdoor.. aku punya superviser, is an active diver.. hopefully he will be my diver mate one day.. hahaha.. berangan... sebab memang ada angan2 nak amik lesen diving dengan suami bila ada masa dan kewangan yg stabil nanti..

3rd reason, A&E specialty itself, banyak wat kerja kat outdoor... lecturer banyak citer dorang slalu wat aktiviti kat luar.. bantuan untuk gempa bumi kat seluruh dunia, diorang juga involve time formula one, motor gp..

4rd reason.. ni la salah satu cara aku untuk sentiasa sihat dan masih lagi boleh involve in outdoor walaupun da sibuk dengan kerja nanti...

p/s---weekend ni bos lama suami ajak gi camping semalaman dengan family dia kat tasik mana ntah kat kuala krai.. can't wait for it...

Tuesday, October 23, 2012

gunung EVEREST!!!


inilah orang pertama yg pernah menakluk Everest!!  29 Mei 1953....

berjuta pujian boleh di beri kepada dua hikers di atas.. orang pertama menakluk puncak tertinggi di dunia.. Tenzing Norgay, yang rendah sikit tu, adalah seorang Sherpa...sherpa ni adalah penduduk tempatan kat kawasan Everest tu yg kerjanya pembawa barang pendaki2 yg nak daki Everest ni...
Selama 32 tahun, antara 1920 dan 1952, tujuh ekspedisi besar sudah di lakukan dan gagal mencapai puncak gunung Everest. Tenzing Norgay mengikuti enam dari tujuh ekspedisi itu.. klik SINI kalau nak baca detail pasal ekspidisi ni.. tapi dalam bahasa indon...

tu da lamaa dulu.. tahun 1953, sebelum merdeka lagi.. da hampir 60 tahun berlalu..

masa tu untuk mendaki gunung Everest, adalah sesuatu yg mustahil dan guna banyak kos,ramai yg mati di pertengahan pendakian dan kalau anda berjaya menakluk, ianya adalah saru yang sangat hebat!!!... nama anda akan berada dalam mana2 buku rekod kalau anda antara yg terawal menakluk Everest untuk negara korang.. korang nye ekspedisi public semua tahu, hari2 update kat TV.. balik orang sambut kat airport macam Wira!!...



hebat demo kalo dapat g puncak Everest!!!

TAPI ITU DULU.....
sekarang ni boleh tawan Everest adalah suatu yang biasa..
dengan masalah pemanasan global, menjadikan ia tidaklah terlalu bahaya( tp masih lg bahaya), tidaklah dikatakan ekspedisi maut lagi..
dengan teknologi yang semakin canggih,
kelengkapan hiking untuk tempat sejuk yg terbaeek!!! banyak da dicipta, 
kemudahan pengangkutan..
kos yang tidak terlalu tinggi.. tapi masih lagi tinggi...

2 org Dr HUSM da takluk Everest tau, baru jugak, kos lebih kurang 10 ribu jer.....
tapi tak heboh pun...
sebab, takluk Everest adalah perkara biasa da zaman sekarang..
tak percaya?? tengok gambar ni

tengok ada berapa banyak tent kat basecamp die?? berapa ramai pulak hikers nya??
aku ada terbaca kat dalam reader digest, kat base camp siap ada tent special untuk dinner, lunch.. dalam gambar tu siap ada meja makan dengan kerusi tau dalam tent tu... hebat!!! aku duk google gambar tent tu, xjumpa pulak..


MAIN POINT kat sini aku nak gtau aku pun nak takluk Everest!!
GIVE ME 10 YEARS TIME TU PROVE IT!!! INSYAALLAH...

 tapi sebelum tu, aku nak make sure aku gi umrah dengan haji(kalau ade kekosongan tempat) dulu..
utamakan yg utama....

aku ade borak2 dengan suami..

aku: abg sayang igt nak panjat Everest dalam masa sepuluh tahun ni...
suami: time tu syg larat ke?? takut badan da jadi tongdram...
aku :hahaha.. i'll prove to you... but i think you will be beside me at that time also...

Monday, October 15, 2012

prednisolone...

dua tiga hari ni aku batuk teruk siap berkahak...rasa semput.... aku memang ada asthma... semalam aku terus g emergency mintak nebulize.. kebetulan aku tengah posting accident  emergency sekarang ni..

banyak jenis ubat jugak yg aku dapat.. tapi nak citer pasal prednisolone nih..
ia adalah sejenis steroid....
untuk acute attack dr prescribe ubat ni untuk 5 hari, 6 biji skali makan..aku jadi pelik,semalam selera makan aku kuat sangat.. xberhenti makan....
rupa--rupanya baru aku igt,yg aku amik prednisolone semalam..
steroid kan boleh menambah selera dan menaikkan berat badan..
hari ni pun amik gak tadii..
tu sebab lapo memanjang...
habis la gini...
badan da la memang gemuk
hehe...

Saturday, October 13, 2012

senario di psyciatric ward

nak share sikit,
ni kisah benar..
senario macam gini adalah pelik kalau kita tengok kat luar..
tapi kalau kat ward ni adalah NORMAL....


  • bila korang sampai kat pintu ward diorang sambut korang dengan penuh mesra, padahal korang xkenal pun diorang
  • make-up over giler... memang tebal giler, baju pun cantik2 diorang pakai.. sehari kadang2 diorangblh tukar baju baru yg cantik sampai 10 kali
  • diorang duk bersyair atau menyanyi atau berjoget sesama diorang
  • bergaduh tarik2 rambut, sampai nak pukul
  • kena ikat kaki tangan kat katil ngamuk punya pasal
  • org yg boleh tukar mood tibe2, kejap happy giler, kejap sedih, kejap marah
  • patient pompuan lg suka dr lelaki, patient lelaki lagi suka dr pompuan... kalo korang pompuana, jgn pakai lawa2msuk ward pompuan.. pernah ade sejarah pt mengamuk kat dr sebab pakai cantik sangat..
  • mereka slalunya boleh cakap banyak bahasa....jerman, english, malay, india, etc..
  • walau apa pun perkataan yg kuar dari mulut diorang, kita xkan sakit hati.. diorang xsihat kan... mulut diorang kadang2 laser giler. slamber je cakap, 'mu ni huduh la', 'kpala mu banyak kutu la' (walaupun xda).
  • diorang cakap sensorang...
  • diorang cakap dgr suara nak bunuh diri


kisah yg aku xleh lupa, ada sorang pt ni, die tengah manic episode.. jadi cakap banyak, suka jaLan2.. dia mintak staff nurse ikat dia sebab xlarat da asyik nak berjalan jer... haha.. slalunya pt yg kena paksa ikat, yg ni sukarela....


Thursday, October 4, 2012

seminar with prof Hasanah

pagi ni ada seminar tajuk liason psyciatric dgn prof Hasanah.. lepas habis seminar tu ada la dia citer sikit pengalaman die..

dia cakap, dia ada ramai client slalunya perempuan terdiri drpd golongan professional, bila kita tengok dia macam xda masalah langsung.. sangat berjaya dalam karier, ada kereta mewah, di hadapan org ramai mereka nampak sangat ceria...

mereka sebenarnya ada masalah peribadi.. selalunya masalah keluarga (adakah aku akan jadi macam ni jugak?? )
 mereka slalu ada idea nak bunuh diri sebab serabut dgn rumahtangga...
kadang ada yg gtau harap suami diorang mati la ( ramai)...
nak bercerai la....

 prof pesan nak pilih suami, jgn pilih rupa je... sebab tu xjamin kebahagiaan... cari yg rajin wat kerja rumah, yg xgarang...as a preventive medicine.. heheh..
 tapi macamane nak kenal kan... kita slalu kenal suami kita yg sebenar lepas kahwin...
hmmm..

p/s--- bila da termaktub itu jodoh kita, dialah yg terbaik untuk kita....

Monday, October 1, 2012

sekolah dalam hospital.....

Pujian harus di beri kepada isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman atas idea bernas beliau mewujudkan sekolah dalam hospital. Program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

aku betul2 kagum dengan idea ini. ini memang betul program untuk kepentingan dan keperluan rakyat..
 sekolah dalam hospital ni adalah untuk kemudahan pesakit dalam hospital untuk bersekolah... dia siap ada cikgu yang memang di bawah kementerian pelajaran malaysia. selalunya pesakit2 kronik, macam kanser, jantung, fracture, mereka duduk lama dalam wad.. daripada mereka duduk sahaja, mereka boleh belajar seperti biasa di kelas yg di sediakan. pada masa sama mereka tidak akan ketinggalan pelajaran.. terutama bagi pelajar yg akan menghadapi peperiksaan besar.. guru yg mengajar juga bertauliah. sesi pembelajaran hanya 4 jam sehari.. juga ada taman berdekatan untuk pesakit merehatkan diri.. selain itu pakaian juga bebas..

secara keseluruhannya, program ini memang sangat bagus... kalau di beri bajet 100juta ( mungkin tak cukup kalau nak buat untuk semua hospital kat msia) pun, rakyat tidak akan pertikai.. sebab kita nampak ke mana perginya bajet ini.. kos membina, membayar pengajar, membeli peralatan mengajar.....


p/s-- kat HUSM pun da ada sekolah dalam hospital tau.. da 3 minggu da beroperasi...

Sunday, September 30, 2012

my opinion....


Harga gula akan naik kerana subsidi dikurangkan. Alasan diberi cukup mudah, tak mahu melihat lebih ramai rakyat kena penyakit "diabetis".. Itulah realitinya rakyat didahulukan... Yang peliknya,  rebet RM200 diberikan untuk pembelian SmartPhone3G yg menelan bajet 300 juta. Apapun, kehendak diri diutamakan dari keperluan asas. Gula naik, harga minuman pasti akan naik, kuih mueh pasti akan naik.. Pokok pangkalnya adalah diri sendiri untuk menjaga kesihatan. makan makanan yang tinggi karbohidrat macam nasi dengan kuantiti yg banyak pun boleh kena diabeteis. Masing-masing dah pandai berfikir mana yang baik, mana yang buruk, mana yang mahu kencing "tawar", mana yang mahu kencing "manis"... Kalau itu alasannya, kenapa taknak tarik subsidi minyak sebab nak elakkan "penyakit" malas dikalangan rakyat supaya jalani kehidupan sihat dengan "jalan kaki" dari naik kereta?... 
p/s-- wonder, kenapa gula yg dipilih untuk dikurangkan subsidi, walhal bnyk lagi pilihan lain...
p/s-- syarikat gula terbesar di Malaysia skrg bukan lg milik robert kuok...Robert Kuok, yang juga jutawan pertama di Malaysia da beli syarikat CSR Limited, iaitu pengeluar gula terbesar di Australia. korang search la sendiri hak milik sape ek sekarang ni... korang akan terkejut....
p/s/s-- correct me if im wrong...

 

Thursday, September 13, 2012

honoured profession

just nak cite..
bukan profession dr, tapi law
aku betul2 impress dengan law profession, macamane diorang jage diorang punya profession.
all profession ada dia punya honour...
tapi law profession betul2 menjaga diorang punya honour..

1. ATTIRE-- ONLY BLACK AND WHITE ALLOWED!! xleh nak meLawau lah... kemeja Putih je la sokmo2.. tapi kalau yg pompuan boleh bergaya sakan.. asalkan hitam putih...


yg tengah tu la lawyer Hasif, bos suami saya... time kes Artis Zahnita nak saman Gulatis...
  2. SIGNBOARD-- ONLY BLACK N WHITE AND IT HAVE SPECIFIC SIZE....  xleh besar2... kalau medical, ikut la besar mane pun, size ape pun... kenape diorang buat gini?? because the honoured.. xnak nampak macam mereka yg mengemis cari client...

3 NO IKLAN2.. xpernah jumpa kan law firm iklan or advertise kat mana paper or magazine... again, for their honour... medical dulu xleh iklan2, tapi sekarang ni da dibenarkan.. tu banyak da iklan kita tengok kat tv tu.... Pantai group la...

4 THEY HAVE THEIR OWN LEGAL PROFESSION ACT... other profession ade?? non ado... tapi doktor ada diorang punya oath...

5.. banyak lagii la...