Showing posts with label transtitiwangsa V2. Show all posts
Showing posts with label transtitiwangsa V2. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

trans titiwangsa V2 last day( 9th day)... kami nak pulang!!!

misi V2 da berjaya.. jom balik!!

kalau ikut kitorang ada satu lagi camp site..
tapi semua da rindukan civilizatioan...
skip!!
hari ni semua jalan laju tak ingat...
siap berlari lari...trek seronok..
ada lintas sungai..
lalu sepanjang paip air yang sangat banyak..licin..

dekat2 nak sampai, banyak bunga orkid hutan..
kitorang ada ambik sikit buat balik...
on trek nampak macam ada rumah,
terus orang depan jerit,
" wei, cepat cepat, civilization!! " haha
sampai2 bukan rupanya, stor buruk rupanya...
last trek nak sampai Blue dam valley, menuruni tangga yang sangat la curam,
perlu sangat berhati hati..

sampai  pukul 4 lebih, semua gembira bukan kepalang...
mandi mandi, tunggu 4WD sampai..

yeay...

membersihkn diri kat empangan Blue Dam Valley


 
muka gembira semua...

on the way balik...


malam ni kitorang tidur kat cameron highland. Rumah di taja oleh cik Kama..
malamnya keluar makan..
esoknya awal pagi buat post moterm sikit..
pastu packing,
shopping kat cameron jap...
saya dapat bunga dari my belove husband!!

Friday, March 1, 2013

trans titiwangsa V2 8th day--- air mataku mengalir di puncak Yong Belar

pagi ni kitorang celebrate birthday abg eid..
Air coke yg dibawa abg lan bertahan sampai hari ni,
di hadiahkan untuk abg eid..

untuk abg eid!

the birthday boy


trek ok...
berhenti lama juga dekat kem H2O,
memang banyak air...


trek lepas ni banyak mendaki,
kitorang berhenti kat last water point,
kem kuali,
sejuk kawasan ni,
kawasan Angin lalu..

setelah beg penuh di isi air,
perjalanan di teruskan ke puncak Yong Belar...
pacak habis tak hengatt..
aku mental giler babas time nih..
maghrib baru sampai puncak Yong Belar..

sampai terus air mata kegembiraan mengalir..
yes!!! misi berjaya..

group picture

gegirl!

boboy!

bila kita akan ke sini lagi ek??

kitorang memang rancang nak keluar esok,
tak nak duk dalam hutan da..
malam ni memang berpesta makanan..
macam macam makanan..
nasi lagi, spagethi lagi...

Thursday, February 28, 2013

trans titiwangsa V2 7th day--- Gayong dan Korbu di tawan

dalam pukul 10 pg bertolak dari puncak junction..
free body jer.. 
trek awal2 tak pacak, siap boleh berlari..
kitorang berhenti kejap kat kem cerek..
ambik air..
aku dan semua pompuan  tak turun  g ambik..
rupanya jauh kena turun ambik air..
ada yang cakap boleh tercabut bulu roma nak boleh naik semula...

kitorang duk borak2 sambil menunggu orang yg ambik air ,
pagi ni kitorang masak maggi goreng,
kitorang suma makan kat junction lagi,
tapi abg lan tapau, dia makan kat sini..
terliuqq pulak kitorang...


abg lan duk makan maggi goreng

alang mula2 malu nak mintak.. akhirnya mintak jugak... hehe.. last2 dia perabih...

time ni la kitorang bertemu dengan team lain,
team gabungan MPP dari beberapa universiti tempatan kat Malaysia...
5 orang je..
kuat kuat semua,
diorang tengah nak buat rekod 48 jam V1..
selalunya V1 ni orang buat 5-6 hari..
Hebat diorang ni...
misi diorang ni tersasar tak silap lebih 8 jam je....

7 hari dalam hutan kan..
lama tak tengok orang punya pasal..
jadi jakon semua..
kelakar giler time ni..
semua ternganga mulut time diorang ni sampai termasuk Abg Lan...
Edot dgn Alang mula da perangai nakal diorang,
depa panggil geng MPP ni " abang hensem ada six pads" hahaha

bergambar dengan team MPP
perjalanan diteruskan ke puncak Gayong...





lepas Gayong, perjalanan diteruskan ke puncak Korbu...
time ni aku sudah mula mental..
pacak betul..
aku siap taknak jalan da, suruh diorag je teruskan,
sebab turun Korbu guna trek sama.
kira jumpa semula time turun..
Abg lan tak bagi, dia suruh teruskan..
rupa-rupanya time aku mental ni, 5 minit je lagi nak sampai puncak Korbu...
sampai Puncak Korbu lebih kurang pukul 3 lebih... lunch kat sini...
lama lepak kat korbu

tengok aku mental... sampai2 terus cabut kasut, stokin cabut sebelah je....





saya da sampai puncak kedua tertinggi di semenanjung....
agak petang perjalanan balik semula ke puncak junction,
sampai dekat selekoh Gayong,
langit mula gelap dan hujan...
langit semakin gelap.. belakang tu puncak Korbu yg kami tinggalkan....

trek last yang nak sampai puncak junction pacak tak ingat...
sangat sangat sangat pacak..
memang mental..
maghrib baru sampai puncak junction...

Wednesday, February 27, 2013

Trans titiwangsa V2 5th&6th day---- santai & sunset di junction yang superb

kisah 2 hari ni aku combine sebab tak banyak citer sangat+ gambar tak banyak

4th DAY
hari ni trek santai sangat..
menyanyi je on trek..
tengahari da sampai kem agas....
kitorang mandi sakan  hari ni..
banyak masa punya pasal kitorang sempat buat dadih hari ni...


5th DAY

treking hari ni kejap je..
trek mula mula dari kem agas agak pacak..
lepas tu ok da...
aku suka trek hari ni, best!
banyak kena meniarap,
lalu trek yang banyak lumut lumut cantik...

on trek.. lelumut yang  cantik

rehat kejap (lama sebenarnya) dekat anak junction

anak junction

lepak.. hehe
anak  junction  lagi

tengahari da sampai puncak junction...

puncak junction


hari ni sunset kat junction memang terbaik,
air mata aku spontan mengalir,
memang live depan mata aku dapat tengok matahari bulat turun sikit sikit sampai habis..
lagi best,tak lama lepas aku dapat tengok bulan naik pulak sikit sikit..
kebetulan time ni bulan mengambang..
SUBHANALLAH, indahnya ciptaanMu..
 gambar aku takde lagi..
Acip ade amik, nanti aku usahakan mintak dekat dia...

tengahari makan nasi air encik Lah...
malam ni kat junction makan malam daging masak lada hitam

Tuesday, February 26, 2013

Trans titiwangsa V2 4th day--- selamat tinggal Tok Nenek


hari ni view sume cantik sangat..
di mulakan dengan puncak kambing, kat sini banyak view boleh nampak,
gunung yong yap, Korbu.. senang kata boleh nampak semua banjaran titiwangsa...
belakang tu puncak korbu/ gayong..tak ingat

belakang tu yong yap, depan dia bubu

kat puncak kambing

kat puncak kambing jugak.. belakang zairi tu la tok nenek
lepas tu tok nenek, ada orang panggil table and chair..

could you all appreciate the table and chair pic? gambar ni diambil oleh encik suami setelah jauh meninggalkan  Tok Nenek


group picture

tok nenek

eyie

lepas tu kitorang meniti permatang yang sangat curam, kena sangat berhati,
jatuh boleh mati rasanya or hilang takjumpa..
 menuju ke puncak view..

kiri kanan tu sangat curam... kena hati hati




permatang

sangat curam
di puncak View...
puncak view

lepas tu puncak bonsai tengah, puncak bonsai...
hari ni sampai malam sikit, pukul 8 kot,
kitorang bermalam kat kem lembah agas....

Sunday, January 20, 2013

trans titiwangsa V2 3rd day--- kisah HASSAN

bagi yang mengikuti isu semasa gunung,
mesti tau kisah Hassan yg hilang..
perjalanan turun ni la kitorang lalu tempat yg Hassan hilang ni..
sampai hari ini Hassan masih belum dijumpai,
sudah lebih lima tahun..
waktu dia mula mula hilang dulu usaha gigih di lakukan untuk mencari dia..
sampai hari ini tiada siapa yg tahu di mana dia..
ada yang kata dia masih di situ..
cuma kita yang tak nampak
wallahualam..
harap keluarganya tabah...

abg lan ade la citer sikit2 kisah ni dalam perjalanan turun Yop yap ni..
Abg Lan sangat berhati hati,
tak bagi tinggal jauh satu sama lain..
trek turun agak curam..
ada juga yang jatuh tergelincir...
lepas turun,
trek ok, tak berapa pacak..
sepanjang trek menyanyi tak berhenti
tapi time nih,
ayie dgn abg Eid plak lambat..
kitorang terpaksa berhenti tengah trek lebih 3 jam rasanya menunggu diorang,,,
time ni kitorang duk bual panjang..
cik kama yang paling banyak cerita..
punya lame menunggu,
siap boleh masak air,
yang gi membuang pun ramai..
samapi tertido menunggu


siap jerang air...
abg eid dengan eyie mental sikit hari ni,
abg lan bimbang  takut ade yang hilang,
walaupun mereka berdua guide,tapi diorang tak biasa dengan trek ni..
sampai abg lan, acip, lah gi turut diorang smula...

lepas tu perjalana di teruskan ke puncak bubu,
trek memang pacak giler,
tapi kejap jer...

puncak bubu

lepas tu kitorang teruskan perjalanan kem kem Lopak Air..
trek mendatar je..
sampai malam jugak dekat kem lopak Air..
kami bermalam di situ..
ade mata air kecik je..
siap ada berudu lagi..
tapi air dia tak putus....

gambar waktu makan malam...

malam ni skali lagi aku gaduh kecik dengan su..
sampai suami cakap,
"kalau sayang tak mintak maaf dengan su malam ni, jangan masuk tido"
hehehe..macam2 kisah la..

ni pic pagi 4th day..lahapnye tok batin kami.. hehe