Pujian harus di beri kepada isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman atas idea bernas beliau mewujudkan sekolah dalam hospital. Program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu
dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Kesihatan.
aku betul2 kagum dengan idea ini. ini memang betul program untuk kepentingan dan keperluan rakyat..
sekolah dalam hospital ni adalah untuk kemudahan pesakit dalam hospital untuk bersekolah... dia siap ada cikgu yang memang di bawah kementerian pelajaran malaysia. selalunya pesakit2 kronik, macam kanser, jantung, fracture, mereka duduk lama dalam wad.. daripada mereka duduk sahaja, mereka boleh belajar seperti biasa di kelas yg di sediakan. pada masa sama mereka tidak akan ketinggalan pelajaran.. terutama bagi pelajar yg akan menghadapi peperiksaan besar.. guru yg mengajar juga bertauliah. sesi pembelajaran hanya 4 jam sehari.. juga ada taman berdekatan untuk pesakit merehatkan diri.. selain itu pakaian juga bebas..
secara keseluruhannya, program ini memang sangat bagus... kalau di beri bajet 100juta ( mungkin tak cukup kalau nak buat untuk semua hospital kat msia) pun, rakyat tidak akan pertikai.. sebab kita nampak ke mana perginya bajet ini.. kos membina, membayar pengajar, membeli peralatan mengajar.....
p/s-- kat HUSM pun da ada sekolah dalam hospital tau.. da 3 minggu da beroperasi...
No comments:
Post a Comment